Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Friday, July 4, 2008

Anuar Dalang Yang Merosakkan Negara

Politik baru yang dibawakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu konsep yang akan hanya mengancam kemakmuran dan keselamatan negara selain menjurus kepada kehancuran masyarakat Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, berkata politik berbilang kaum yang dibawa PKR itu sebenarnya cuma memadam semangat dan prinsip perjuangan pengasas negara ini.

"Atas nama politik baru, berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya ia adalah politik yang cuba memadamkan asas (yang dibawa) bapa-bapa perjuangan negara


Mohamad Ezam berkata, konsep pelbagai kaum yang cuba dibawa PKR kini sebenarnya sudah lama diperkenalkan dan menjadi asas yang dibawakan pengasas negara ini.

Katanya, walaupun generasi sekarang boleh melakukan perubahan, ia tidak bermakna perubahan itu perlu melanggar semua asas sudah disediakan.

"Kita tidak boleh berkompromi apabila ia melanggar garisan (asas) yang dibentuk pengasas negara. Setiap negara mempunyai pengasas. Macam manapun kita cuba membuat perubahan, kita tidak seharusnya melanggar asas yang sudah ditetapkan itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Washington tidak berhak menegur undang-undang negara ini kerana Amerika Syarikat (AS) sendiri tidak mengikut undang-undang dunia apabila melakukan pencerobohan terhadap Iraq dengan menggunakan alasan palsu.

Beliau berkata, tindakan Washington cuba campur tangan dalam urusan negara ini dengan membuat kenyataan berunsur amaran berhubung dakwaan terbaru kes liwat membabitkan Anwar, amat tidak wajar.

"AS tidak punyai hak moral untuk menegur kita mengenai soal undang-undang kerana mereka sendiri melanggar undang-undang dunia dengan penjajahan ke atas Iraq menggunakan alasan palsu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

"Ia langsung tidak mengejutkan saya kerana sebelum ini juga Jabatan Negara AS memberi RM122 juta kepada Foundation of The Future yang diterajui Anwar," katanya.

Isnin lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Washington dan menegaskan tindakan negara itu yang mahu menentang sebarang siasatan atau pendakwaan terhadap Anwar atas alasan kononnya tuduhan itu bermotif politik, adalah prejudis terhadap sistem perundangan negara ini.

"Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan bertamadun, tidak sepatutnya negara kuasa besar seperti AS bertindak sedemikian kerana kita mampu mentadbir negara sendiri

Kazman@co

Read more...

PM Malaysia Nafi negara Di Ambang Darurat

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara berada dalam keadaan selamat serta terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan rakyat, walaupun berlaku pelbagai keadaan tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri berkata, keselamatan negara terkawal dan tidak berada dalam keadaan darurat kerana kerajaan tahu apa yang berlaku, manakala rakyat diminta jangan mudah percaya kepada khabar angin yang kini tersebar dengan berleluasa.

Beliau berkata, masalah sekarang terjadi kerana kebelakangan ini fitnah semakin bermaharajalela apabila pelbagai cerita bukan-bukan ditimbulkan hingga rakyat tidak dapat hidup senang.

"(Bagaimanapun) orang kita mudah percaya (khabar angin) dan mereka cepat kelam-kabut... dengar satu cerita mereka percaya, kemudian menokok tambah sendiri hingga akhirnya cerita yang muncul kemudiannya menjadi semakin buruk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Bangunan Parlimen, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas perkembangan politik semasa yang dikatakan mencetuskan kebimbangan rakyat, terutama berkaitan latihan bersama tentera dan polis bagi mengekang tunjuk perasaan serta masalah teknikal di Bursa Malaysia sehingga urus niaga digantung semalam.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, tiada sebab untuk rakyat bimbang dengan latihan bersama pasukan keselamatan itu hingga menganggap negara berdepan situasi kecemasan kerana ia hanya koordinasi latihan bersama.

Abdullah berkata, walaupun fitnah berleluasa, terutama yang membabitkan hal ehwal politik dan ekonomi negara, kerajaan tahu apa yang berlaku dan sentiasa mengawal keadaan bagi memastikan negara kekal aman dan selamat.

"Ini adalah kerajaan yang stabil. Tolong percaya kerana pentadbiran dan pelaksanaan projek yang dirancang berjalan mengikut jadual. Cuma bila dalam keadaan tertentu kita berdepan masalah, kita mengawalnya. Jadi, tidak ada masalah yang menjejaskan (kestabilan).

"Rakyat jangan terlalu kelam-kabut dengan apa yang berlaku, jangan percaya sangat pelbagai cerita yang muncul hingga sudah sampai ke tahap mengarut. Saya sendiri yang sudah 35 tahun dalam politik, tidak pernah tengok ini semua berlaku," katanya.

Abdullah berkata, golongan tertentu yang menyebar fitnah mereka-reka pelbagai cerita sehingga turut membabitkan keluarganya.

Perdana Menteri berkata, ada orang menyebar fitnah kononnya mangsa liwat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anak angkat keluarga menantu perempuannya.

Mengenai penutupan pasaran saham, Abdullah berkata, ia disebabkan masalah teknikal, justeru Bursa Malaysia perlu memastikan keadaan beroperasi seperti biasa secepat mungkin.

Katanya, keadaan itu bukanlah sesuatu yang positif untuk imej negara dan Bursa Malaysia perlu memastikan kejadian itu tidak berulang.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebab kenapa pelabur perlu menjual saham mereka kerana keselamatan dan politik negara adalah stabil.

"Saya bukan hendak berada dalam keadaan penafian seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi kehangatan politik semasa terjadi kerana ada pemilihan Umno tahun ini dan perkara itu sentiasa berlaku setiap kali pemilihan.

"Keadaan Parlimen yang lebih riuh berbanding sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai ketidakstabilan politik.

"Sementara perhimpunan yang sering berlaku adalah kehendak Anwar. Rakyat juga yang mahukan perhimpunan, tetapi bila jadi begini (keadaan tidak menentu) semua orang takut. Saya pun hairan kenapa ia terjadi, tapi saya tak mahu buat andaian yang boleh membawa pelbagai tafsiran kepada sentimen pasaran," katanya.



Kazman@co

Read more...

Thursday, July 3, 2008

Agenda Terancang BN dibongkar TEMPUR UKM

Tindakan polis menyeret sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berdepan sebarang tunjuk perasaan oleh rakyat di negara ini boleh ditafsir sebagai suatu persiapan Kerajaan sekarang mengistiharkan undang-undang darurat.

Ketika menegaskan perkara ini, TEMPUR UKM turut mempersoalkan apakah langkah ini menunjukkan Ketua Polis Negara akan mengheret sama pasukan tentera ke kancah politik?

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyuarakan tentang keperluan pihak polis meminta bantuan pasukan tentera dalam mengawal dan mengawasi ketenteraman awam.

TEMPUR UKM merasakan saranan Musa yang mahu polis dan tentera bergabung, sebenarnya lebih menyerlahkan kelemahan pasukan polis yang tidak mampu untuk berdepan dengan bantahan rakyat sehingga tentera terpaksa dikerah dan diseret sama,

Soalan TEMPUR UKM sekrang, jika tugas utama tentera adalah untuk menjaga kedaulatan wilayah dan persempadanan negara dari pencerobohan pihak luar, kenapa mereka perlu dilibatkan dalam menjaga ketenteraan awam.

"Jika pihak yang berkenaan (polis) tidak mampu berfungsi menjaga keselamatan awam, apa gunanya Ketua Polis Negara terus memegang jawatan itu?

"Mengugut rakyat dengan gabungan tentera dan polis adalah suatu tindakan yang diluar bidang kuasa tentera khususnya dan bersifat provokasi,bagi pendapat TEMPUR UKM.

Pihak polis dan tentera, seolah-olah mengantisipasi sesuatu tindakan liar yang akan dibuat oleh orang ramai semasa demonstrasi yang dikatakan akan diadakan pada 6 Julai ini, anjuran sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Protes.

TEMPUR UKM mempersoalkan apakah rancangan itu bertujuan untuk mewujud dan menegangkan keadaan sehingga kewajaran undang-undang darurat digunakan pada masa itu.

TEMPUR UKM mendesak Ketua Polis Negara agar menarik semula kenyataan tersebut kerana ia menghantar mesej yang salah kepada rakyat dan ia di luar bidang kuasanya.

kazman@co

Read more...

Komplot Musa Hasan Menjerat Angkatan Tentera Malaysia

Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu pada pandangan TEMPUR UKM dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.

TEMPUR UKM bersempendapat dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.

Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, TEMPUR UKM merasakan polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Menurut Prof Aziz Bari, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

TEMPUR UKM, Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan,.

Selain Yang di-Pertuan Agong, TEMPUR UKM mencadangkan , kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

Prof Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.

Malangnya, TEMPUR UKM melihat, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.

Prof Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan.

Angkatan tentera, tegas Prof Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.

Kazman@co

Read more...

PTPTN oh PTPtipu

ISU popular bagi pelajar dan bekas pelajar iaitu isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali lagi.

Baru-baru ini, kenyataan rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kerajaan mengurangkan kadar caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman PTPTN bagi meringankan beban 1.14 juta peminjam berikutan kenaikan minyak dan barang keperluan.

"Apa yang pasti, caj perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan tetapi diturunkan dan jika cadangan kementerian dipersetujui Kabinet, kadar caj baru akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Mengikut kenyataannya, beliau akan mengemukakan cadangan kepada mesyuarat Kabinet iaitu penurunan kadar caj perkhidmatan 50 peratus kepada hanya 1.5 peratus iaitu pengurangan 2.5 peratus berbanding empat peratus ketika pinjaman PTPTN diperkenalkan pada 1997.

Caj perkhidmatan PTPTN sinonim dengan caj riba di kalangan mahasiswa. Sebenarnya isu riba ini memerlukan penyelesaian yang kompleks kerana penyabitan hukum riba adalah berdasarkan kepada keadaan semasa.

Tetapi atas kebijaksanaan dan ijtihad mufti sebagai anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, isu ini diharap dapat diselesaikan segera.

Selain itu, kami merasakan bahawa isu ini patut diselesaikan secara berhemah dan berdiplomasi.

Kepada pihak berkenaan, ambillah tindakan serius untuk mengatasi masalah caj PTPTN yang sangat membebankan mahasiswa.

Kita tidak mahu ada sesetengah pemimpin yang menyatakan bahawa PTPTN akan wujud sampai bila-bila dan ada juga yang memainkan isu kononnya hendak menghapuskan PTPTN secara bersungguh-sungguh kepada rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Oleh itu, TEMPUR UKM merayu setiap pemimpin negara agar sama-sama mencari jalan penyelesaian.

Mungkin zaman mahasiswa yang dilalui para pemimpin besar negara pada waktu dahulu, PTPTN langsung tidak dikenakan kerana biasiswa pada ketika itu masih wujud berlandaskan Perkara 153 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi situasi sekarang tidak sama lagi kerana para pelajar yang meminjam PTPTN akan dihimpit dengan masalah hutang.

Lebih malang lagi sekiranya pelajar itu menjadi penganggur geseran iaitu pengangguran yang berlaku selepas mendapat ijazah kerana pelajar akan terus dikenakan bayaran selepas enam bulan tamatnya pengajian.

Secara tuntasnya, isu PTPTN tidak akan reda sekiranya langkah proaktif tidak diambil oleh semua pihak.

Jadi tindakan pengumuman oleh Menteri bertanggungjawab akan menjadi formula ajaib dalam penyelesaian segera berhubung isu caj perkhidmatan ini.

Bagaimanapun, sekiranya dihapuskan terus caj perkhidmatan tersebut, ia pasti memberikan satu motivasi dan lonjakan idealisme kepada mahasiswa yang bergantung pada PTPTN itu.

TEMPUR UKM merasakan bahawa pindaan terhadap Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi 1997 wajar dilaksanakan oleh Parlimen.

Sememangnya, TEMPUR UKM amat menghargai jasa dan sumbangan PTPTN selama ini yang banyak menolong pelajar dalam kewangan di Institut Pengajian Tinggi, tetapi berilah layanan adil dan saksama kepada pelajar, sebagai generasi pewaris terhadap kemajuan negara kita cintai ini.

Kazman@co

Read more...

Wednesday, July 2, 2008

mahasiswa dilanda stigma isu kenegaraan yang kronik


siswa akan sekali lagi berdepan dengan isu-isu kemahasiswaan dan polimek politik kampus yang semakin hampir.TEMPUR UKM ingin menarik perhatian siswa\siswi dengan isu yang akan TEMPUR UKM utarakan, yang memerlukan penelitian dan analisis yang kritis dari pemikiran dan keintelektualan siswa/siswi sekelian.namun negara sekali lagi berdepan dengan iklim politik tanahair yang kriktikal yang memerlukan kebijaksanaan siswa/siswi untuk menilai dan menimbang-tara setiap keputusan dan pendirian konkrit.TEMPUR UKM sebagai golongan yang bepijak diatas prinsip "salah tetap salah,yang betul harus di zahirkan"melihat politik tanahair sedikit sebanyak memberi implikasi yang negatif kepada imunisasi kesejahteraan Malaysia tercinta,tapi yang jelasnya ada pihak yang mengambil kesempatan diatas krisis ini yang mencabar perlembangaan malaysia iaitu pekara 152 dan 153 yang mengugat kedudukan orang melayu dan sistem raja berdaulat.Jesteru TEMPUR UKM mengharapkan kematangan para pemimpin negara untuk menyelesaikan this trouble in issue look at the peace country.

Read more...

kredibiliti UKM tercalar,Desakan GMUKM

Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 19 Jun lalu, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Kes ini seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) apabila geng Deva merompak RM2.19 juta dari pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang pada 28 Januari tahun lalu. Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di universiti ini perlu dipertingkatkan lagi. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini, kes seperti samun, orang minyak dan curi motosikal kerap berlaku. Sekiranya kita masih ingat, kes yang melibatkan dua orang pelajar perempuan yang dilarikan oleh seorang lelaki untuk dijadikan pelacur pada 28 Julai tahun lalu. Dalam kes tersebut, mangsa telah ditanggalkan pakaian dan diugut dengan pisau serta sebungkus serbuk kari. Sememangnya mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal ternampak mangsa dalam keadaan berdiri di atas kerusi bas sambil melambai tangan kepada pengguna lebuhraya bagi menarik perhatian mereka. Apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah pihak keselamatan gagal mengawal keselamatan dengan semaksimum mungkin. Menurut kenyataan bekas ketua polis daerah Kajang, ACP Rosli Mohd Nizam dalam kes cubaan culik itu, beliau menyatakan kekesalan dengan sikap pihak keselamatan UKM yang membenarkan bas itu masuk ke kampus begitu mudah tanpa membuat pemeriksaan. Secara hujahnya, pihak keselamatan, dari Ketua Pegawai sehinggalah pegawai bawahan, lebih mengutamakan kes politik daripada kes-kes jenayah. Buktinya jelas pada 4 Mac lalu, seorang pegawai keselamatan didakwa menumbuk rahang kiri seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi atas tuduhan mengedar risalah politik pilihanraya umum ke-12 tetapi sehingga sekarang, kes itu belum lagi diputuskan oleh pentadbiran. Malahan tindakan tidak berprofesional pegawai keselamatan turut diterjemahkan dengan merampas komputer riba milik rakan sebiliknya mangsa sedangkan komputer tersebut berada di atas meja rakannya itu, bukannya meja tertuduh. Dua laporan polis dibuat bertarikh 5 Mac dan juga 17 April lalu. Pegawai keselamatan turut terkenal dengan tangkapan rambang ke atas pelajar UKM seperti yang berlaku terhadap seorang pelajar pada 3 Mac lalu yang ditahan kira-kira 10 jam iaitu dari pukul 6 pagi hingga 5 petang. Daripada peristiwa-peristiwa di atas, jelas bahawa pihak keselamatan UKM lebih suka bermain politik dan mengampu timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) sendiri daripada menjaga keselamatan pelajar UKM.Secara realitinya, isu keselamatan pelajar semakin hari semakin menurun. Hilangnya rasa selamat dalam kalangan pelajar akan menyebabkan negara kita tidak mampu mengeluarkan graduan bermutu tinggi. Pelajar tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran mereka tetapi akan hanya fokus soal keselamatan mereka.Justeru, GMUKM menggesa agar pihak keselamatan yang dikenali sebagai wisma aman agar meningkatkan lagi tahap keprofesionalan mereka dalam menangani isu ini. Janganlah apabila timbul satu kes, maka barulah muncul pengawasan keselamatan yang ketat, barulah ada pemeriksaan kenderaan dilakukan. Bagi GMUKM, sikap "sudah terhantuk baru tengadah" patut dibuang dalam jiwa pegawai keselamatan agar keamanan dapat dikecapi oleh pelajar UKM. Selain itu, wujudkan pos polis di dalam kampus UKM agar penjenayah sama ada masyarakat luar mahupun pelajar sendiri gerun untuk melakukan jenayah. Di samping dapat memberikan keyakinan keselamatan kepada pelajar, ia juga membolehkan kadet SUKSIS - yang dianggotai oleh pelajar seperti pasukan pelatih polis - membuat latihan amali. Selain itu, GMUKM melihat banyak peruntukan undang-undang tidak diuar-uarkan kepada pelajar. Bakal-bakal penjenayah di kalangan pelajar tidak tahu akan hukuman yang dikenakan ke atas mereka sekiranya tertangkap. Oleh itu, GMUKM meminta penasihat UKM dan Jabatan Pendaftar untuk menampal dan membuat satu kempen kesedaran undang-undang kepada para pelajar. Hal ini sememangnya termaktub dalam Seksyen 30 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa "apabila sesuatu Statut atau Kaedah baru dibuat, dipinda atau dibatalkan tiap-tiap Statut, Kaedah, pindaan atau pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaiman yang diarahkan oleh Lembaga." GMUKM harap kejadian ini tidak berulang kembali di bumi UKM. Semoga UKM terus menjadi tempat aman dan selamat kepada masyarakat kampus ke arah mencapai hasrat seluruh rakyat Malaysia menjadikan kampus sebuah gedung melahirkan graduan yang berintelek dan progresif. Jangan nanti ada pandangan sinis menyatakan, akronim UKM itu sebagai "Universiti Kuat Mencuri".

Read more...

terima kasih keperihatinan KPT

Semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) diminta menyediakan akses internet tanpa wayar menerusi sistem WiFi secara percuma di seluruh kawasan kampus masing-masing dalam tempoh dua tahun akan datang.Timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Idris Haron berkata kemudahan itu hanya boleh diakses di sesetengah tempat sahaja di kebanyakan kampus."Kemudahan WiFi itu merupakan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan universiti. Semua universiti sebenarnya telah ke arah itu (WiFi), cuma belum menyeluruh," katanya selepas merasmikan persidangan pengajian tinggi kebangsaan 2008 hari ini.Mengulas keputusan kementeriannya membenarkan satu rangkaian kafe francais yang dilengkapi WiFi beroperasi di IPTA, lapor Bernama, beliau berkata ia bersesuaian dengan gaya hidup remaja masa kini."Daripada mereka keluar ke kafe di luar, lebih baik adanya kafe dalam universiti yang dilengkapi WiFi supaya aktiviti mereka dapat dipantau.

Read more...

Agenda Rakyat di Cabar

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hadir dan memantau perhimpunan aman anjurannya pada 6 Julai ini.Katanya, perhimpunan bagi membantah kenaikan harga minyak selaras dengan hak untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Perhimpunan tersebut akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya - depan kompleks membeli-belah Amcorp Mall - mulai 10 pagi Ahad ini.Protes, dalam kenyataannya hari ini, berkata memorandumnya berhubung program tersebut akan diserahkan kepada Suhakam jam 12 tengahari esok.Pada mulanya perhimpunan tersebut dirancang diadakan di KLCC pada 5 Julai.Bagaimanapun, lokasinya kemudiannya berubah di tempat sekarang supaya lebih ramai rakyat menyertainya.Penyelaras Protes dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tersebut dijangka tidak mengganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta perhimpunan sehari suntuk itu.Beliau juga dilaporkan berkata, kawasan itu amat strategik bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya.Orang ramai dijangka berhimpun untuk menyertai pelbagai aktiviti - selain ucapan para pemimpin politik pembangkang, persembahan kesenian seperti bacaan puisi dan nyanyian kumpulan pemuzik independen.Penganjur mensasarkan mengumpulkan "sejuta orang" dalam perhimpunan bantahan tersebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.Dianggarkan 3,500 petugas akan membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Read more...

NC pelopor Refoms gerakan mahasiswa

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak menghalang penuntutnya mendekati dunia politik, sebaliknya memanfaatkannya secara positif supaya tidak hanyut dalam gelombang politik. Naib canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik dengan positif, para penuntut terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.Beliau memberitahu demikian selepas majlis sambutan 1,000 pelajar baru bagi sesi akademik 2008/2009 di Kangar hari ini.Menurut laporan Bernama, beliau yakin penuntut UniMAP tidak akan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). "Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," katanya. Sambil menegaskan para mahasiswa mestilah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penuntut, beliau menyarankan mereka agar membangunkan blog sendiri sebagai saluran untuk menyatakan pandangan secara positif dan membina.Kamarudin berkata kebolehan berdebat dengan pelbagai idea bernas antara prasyarat untuk mereka muncul sebagai seorang pemimpin berkaliber pada masa depan. "Saya mahu pelajar menjadikan tiket politik ini untuk meningkatkan sahsiah diri dan kebolehan berhujah, berani bercakap dan berkomunikasi dengan baik," katanya. Mengenai kemungkinan ada penuntut UniMAP terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang apabila diadakan kelak, Kamarudin berkata mereka tertakluk kepada AUKU.

Read more...

Pemimpin Celik blogs

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Di mana sahaja beliau bercakap, Datuk Mustafa Ali tidak segan silu mengaku beliau 'buta IT" tetapi apabila semua sudah menjadi blogger, beliau menyertai dunia ini dengan membuka blognya sendiri 'padapendapatsaya.blogspot.com' mulai 24 Jun lalu.Tulisan pertama beliau dipostingkan hari ini.Dengan nama blognya, Politik Malaysia, Mustafa mula menulis hari ini dan beliau nampaknya menjadikannteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasarannya.Mustafa, kini Pengarah Pilihan Raya PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, melahirkan rasa tidak puashati dengan cara Khalid mengendalikan Selangor ala CEOnya manakala untuk Lim Guan Eng pula beliau tidak senang cara Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak."Sebagai MB, Khalid perlu bertindak sebagai seorang MB bukan seumpama seorang CEO. Sebagai MB, Khalid perlu merujuk kepada rakan-rakan dalam barisan Exconya serta juga rakan-rakan pimpinannya dalam PKR di samping parti-parti dalam Pakatan sebelum mengambil sebarang tindakan," tulis Mustafa dalam blognya.Untuk Lim Guan Eng pula beliau menulis:-"Namun demikian, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidaklah boleh menyerang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak begitu sahaja tanpa merujuk dan secara yang berlapik.Apatah lagi alasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika menyerang Azizan adalah MB Kedah itu mengambil syarikat pembalakan dari Sarawak yang baik dengan kerajaan BN."Kalau begitu apa bezanya tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang melantik seorang pemimpin Gerakan mengetuai sebuah syarikat GLC terpenting di Pulau Pinang. Ini bukan hubungan perniagaan lagi. Ini membawa masuk musuh ke dalam rumah tangga kita yang sudah pasti lagi bahaya dari setakat berhubungan perniagaan sebagaimana yang cuba dibuat oleh MB Kedah itu," tulis Mustafa dalam blognya.

Read more...

Malaysia Baru,koruption inflasi

Hidup sederhana, mengawal nafsu peribadi dan hak bersama jadi budaya hidup sederhana, struktur perundangan, kehakiman dan pentadbiran yang bersih daripada penyelewengan kuasa, penyertaan menyerlah wanita sebagai pembuat keputusan politik dan paling penting gaji rakyat yang mencukupi, adalah antara faktor meletakkan Finland sebagai negara paling bersih rasuah di dunia. Duta Finland ke Malaysia, Lauri Korpinen, berkata semua faktor terbabit yang menjadi amalan negaranya sejak dua abad membuatkan negara yang berpenduduk hanya 5.2 juta itu hampir bersih daripada rasuah dan sebarang cubaan ke arah penyelewengan kuasa segera dikesan kerana setiap dokumen tidak pernah dilabel sebagai rahsia. "Masyarakat Finland dan semua institusinya adalah telus dan hampir semua, kecuali beberapa dokumen, adalah tatapan umum. "Perlembagaan Finland menyediakan sistem akses bebas untuk mendapat maklumat dengan peruntukan: 'Dokumen dan rakaman yang dimiliki pihak berkuasa adalah hak umum, kecuali percetakan mereka untuk beberapa alasan khusus dikekang oleh satu akta. Setiap orang berhak memperoleh dokumen dan rakaman awam'," katanya.
Kira-kira 100 peserta yang menyertai forum 'Menguruskan Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Semua Sektor (awam, swasta, masyarakat sivil dan politik): Pengalaman Finland di Institut Integriti Malaysia di ibu negara baru-baru ini, kelihatan kagum dengan penerangan Korpinen. Duta itu berkata, asas pertama Finland ialah menyemai nilai asas sejak dari kecil termasuk mengenai hidup secara sederhana, mengawal nafsu peribadi dan hak bersama. Kekuatan utama negara yang menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak 1995 dalam menangani rasuah ialah tindakan mengutuk sebarang usaha ke arah pemusatan kuasa dan mewujudkan jurang sosio ekonomi di kalangan rakyat, dikukuhkan dengan usaha meningkatkan budaya pentadbiran yang menggalakkan kekayaan yang seimbang. "Beberapa kajian menunjukkan hubung kait positif antara darjah kepercayaan yang mendalam di kalangan rakyat dan kadar rasuah yang rendah.
"Pengalaman Finland membuktikan contoh moral cemerlang yang dipamerkan pembuat keputusan dan pegawai tinggi kerajaan adalah penting kepada pembangunan budaya etika pentadbiran. Apabila rakyat melihat pegawai tinggi dalam sesebuah agensi beretika dan bertanggungjawab, mereka hampir pasti mengikut contoh yang baik," kata Korpinen. Di samping itu katanya, nilai 'sifat yang terbaik' seperti bertanggungjawab, jujur dan adil memang sejak sekian lama menjadi amalan sektor swasta Finland yang memang menduduki senarai antara negara dunia paling bersih daripada rasuah. "Kebebasan media massa juga terbukti penting dalam senario ini kerana mereka membentuk sebagai kumpulan pendesak dan pemantau yang paling berkesan. "Media adalah saluran paling penting rakyat Finland, kerana penyelewengan kecil di majlis rasmi juga mempunyai nilai besar dalam media - kadang-kala lebih besar daripada berita penting lain - kerana ia pantas mencetus kemarahan rakyat umum," katanya mengenai peranan media massa Finland dalam usaha membanteras rasuah di negara itu. Faktor kedua ialah struktur perundangan, kehakiman dan pentadbiran yang ketat mengawasi dan mengawal sebarang usaha ke arah penyelewengan kuasa. Korpinen menegaskan, usaha menangani rasuah memerlukan sistem perundangan yang mantap, sistem kehakiman yang telus, penguatkuasaan berkesan dan pengawasan penyelewengan yang proaktif, di samping pengurusan kewangan yang telus. "Canselor Kehakiman dan Ombudsman Parlimen mengawasi tindakan kakitangan kerajaan sehingga ke peringkat tertinggi. Agensi ini diberi kuasa menyiasat tindakan menteri, ketua negeri dan ahli Parlimen. Keberkesanan dan prestasi baik kedua-dua agensi ini adalah penting bagi menghalang sebarang penyelewengan kuasa," katanya. Paling menarik ialah faktor ketiga yang membabitkan penyertaan menyerlah wanita sebagai pembuat keputusan yang dianggap antara punca utama Finland hampir-hampir tiada rasuah. "Menurut kajian Bank Dunia, perwakilan wanita di Parlimen dan pejabat penting kerajaan ada hubung kait dengan kadar rasuah yang rendah dan budaya pertanggungjawaban dalam pentadbiran. Hubung kait ini menunjukkan pentingnya kesaksamaan gender dalam usaha memerangi rasuah," katanya. Satu daripada laporan menyebut Finland adalah negara industri maju yang mempunyai tahap hidup tinggi dan sistem kebajikan terbaik. Satu daripada keutamaan dalam agenda politiknya ialah memastikan wanita menikmati hak dan peluang yang sama. Majoriti wanita Finland (85 peratus) bekerja dan aktif dalam politik. Yang menarik ialah daripada 200 ahli Parlimen, 83 adalah wanita. Lebih menarik ialah Presiden Finland hari ini ialah seorang wanita. Tarja Halonen, menjadi wanita pertama memegang jawatan paling penting itu di Finland. "Wanita memang kumpulan penting dalam pentadbiran Finland. Pada 1906, Finland adalah negara pertama di dunia memberi hak kepada wanita untuk mengundi dan bertanding pilihan raya. Pilihan raya pertama pada 1907, 19 wanita dipilih sebagai Ahli Parlimen dan ia mencatat jumlah tertinggi di dunia. "Finland hari ini mengekalkan kedudukan sebagai negara paling ramai ahli Parlimen wanita. Selain di Parlimen, separuh daripada menteri kabinet Finland terdiri daripada wanita dan satu pertiga ahli majlis perbandaran adalah wanita. "Kuota gender ini telah diguna sepenuhnya bagi memastikan perwakilan yang seimbang dalam semua perkhidmatan awam negara saya," katanya dan mengaku wanita adalah kumpulan terbaik dalam menangani sebarang isu rasuah. Faktor keempat; Finland dalam menangani rasuah ialah memastikan jurang pendapatan tidak keterlaluan di kalangan rakyat dan setiap pekerja menerima gaji yang mencukupi. "Pendapatan tinggi meningkatkan perasaan puas hati terhadap pekerjaan dan sekali gus mengurangkan sebarang keinginan untuk menerima rasuah. Jurang pendapatan yang kecil secara tidak langsung mengekang sebarang perasaan tamak untuk menerima rasuah. "Bagi Finland, amalan ini terbukti berkesan kerana sebarang amalan atau gaya hidup lebih mewah daripada pendapatan diterima akan cepat dikesan. Pernah ada pegawai kerajaan menerima rasuah dalam bentuk percutian ke luar negara bersama keluarga dan ia menjadi berita utama di Finland. Justeru, tidak ada siapa berani mengambil rasuah kerana ia akhirnya hanya akan membawa aib kepada mereka," katanya. Menjawab soalan, Korpinen berkata, sikap benci rasuah ini bermula dari sistem pendidikannya yang menyemai sikap setiap rakyat untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan mengamal persamaan hak. "Bukanlah saya kata Finland bebas rasuah sepenuhnya tapi statistik membuktikan ia hampir tidak wujud. Apa yang kami lakukan bukan tugas mudah, ia adalah hasil sistem pentadbiran selama dua abad, warisan daripada penjajahan Sweden yang begitu ketat dengan disiplin birokratnya," kata Korpinen.

Read more...

Perjuangan dan idealisme Gamis dikhuatiri hilang bila jadi NGO

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Wed | Jun 25, 08 | 3:56:52 pm MYT

Hasrat front mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk muncul sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan atau NGO mungkin akan tercapai tidak lama lagi.

Namun, ada yang berpandangan bahawa Gamis masih perlu meneliti semula peruntukan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang Imagemelarang mahasiswa daripada terlibat atau memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana persatuan di luar universiti.

Ianya disuarakan oleh mantan Presiden Gamis, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

"Jika matlamat Gamis untuk menghimpunkan kesemua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Institusi pengajian Tinggi, maka setelah menjadi NGO gerakan mereka ternyata akan berbeza daripada Gamis sebelum ini," katanya.

Ini adalah disebabkan ujarnya, PMI hanya terhad kepada mahasiswa sahaja yang akan berakhir apabila mereka menamatkan pengajian di kampus.

"Bukan macam NGO yang akan kekal sehingga ke luar kampus kelak," ujarnya yang merupakan Presiden Gamis era reformasi, 1998/1999.

Sementara itu, seorang lagi mantan Presiden Gamis, Mohd Ramadhan Fitri berpendapat Gamis berpotensi menjadi kumpulan pendesak atau 'pressure group' kepada kerajaan yang ada.

Image"Namun semuanya bergantung kepada pendekatan yang dibawa kepimpinan Gamis selepas ini," katanya.

Ditanya mengenai pengaruh Gamis sebagai front politik di kalangan mahasiswa yang mungkin terhakis, Ramadhan yakin ianya tidak akan berlaku.

"Sepatutnya prinsip asas Gamis yang memperjuangkan agenda yang bersifat universal serta 'check and balance' tidak berubah," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas aktivis mahasiswa era reformasi, Wan Nordin Wan Yaacob berkata mahasiswa perlu memiliki identiti serta jati diri yang tersendiri.

"Mereka sepatutnya mencontohi mahasiswa di Indonesia dan Korea yang berperanan sebagai golongan yang mampu menumbangkan kerajaan yang tidak menjalankan tanggung jawab membangunkan negara," katanya lagi.

Tegasnya, apa yang dibimbangi ialah gerakan mahasiswa tersebut kemungkinan kehilangan idealisme perjuangan yang dipegang selama ini.

"Gamis jangan jadi GPMS yang dipegang oleh orang-orang politik untuk kepentingan mereka," katanya lagi.

Tambahnya, tindakan yang diambil Gamis untuk menubuhkan NGO seolah-olah mencerminkan gerakan itu mahu membebaskan diri daripada konsep perjuangan asal mereka yang tidak hanya lantang menyuarakan isu-isu dalaman kampus sebaliknya juga isu negara.

"Kita telah melihat individu-individu yang hebat lahir daripada gerakan mahasiswa kini duduk di kerusi kerajaan pusat mahupun negeri.

"Bahkan hasil pemerhatian saya, gerakan mahasiswa kini terutamanya Gamis seperti telah kehilangan hala tuju perjuangan.

"Adakah ini mencerminkan bahawa Gamis yang suatu ketika dahulu digeruni kerajaan telah hilang kekuatan?" tegasnya.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) telah menghantar permohonan sebagai sebuah Non-Governmental Organization (NGO) melalui satu perakuan Surat Ikatan Amanah yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Tuan Mohd Radzi Yasin di firmanya berhampiran bangunan PWTC 23 Jun lalu.

Setiausaha Gamis, Syaari Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily menjelaskan bahawa meskipun Gamis akan menjadi NGO, fungsi asas Gamis yang menghimpunkan kesemua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Institusi Pengajian Tinggi tidak berubah.

"Matlamat utama kami adalah untuk memastikan Gamis tidak hanya terus berpencak silat di dalam kampus ataupun di dada akhbar sahaja," katanya dalam kenyataan tersebut.

Harakahdaily dimaklumkan bahawa permohonan tersebut dibuat dengan nama "Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia" (Gamis).

Pada masa sama, Syaari menyatakan bahawa objektif penubuhan Gamis sebagai NGO akan memberikan ruang bergerak secara sah sebagaimana NGO�s lain di Malaysia.

Katanya, Gamis mensasarkan aktiviti berbentuk kebajikan khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf, pendidikan, ekonomi, kesihatan, pembasmian kemiskinan, di samping mengadakan kegiatan dakwah dan pembangunan komuniti untuk memberi khidmat kebajikan.

Gamis juga katanya akan bekerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri dan juga nasional.

"Semoga dengan "rebranding" ini, Gamis tidak lagi hanya popular di bibir aktivis-aktivis Persatuan Mahasiswa Islam IPT sahaja, bahkan boleh dikenali dan dinantikan kehadiran oleh masyarakat luar kampus melalui program-program 'dari kampus ke lapangan umat'," katanya.

Gamis telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Setiausaha Agong, Timbalan Setiausaha serta dua lagi wakil aktivis selaku Pemegang-pemegang Amanah Pertama dalam Lembaga Pemegang Amanah Gamis. - mns_

Read more...

SELAMAT DATANG KE TEMPUR UKM

selamat datang ke tempur ukm, disini anda akan menyaksikan agenda2 kampus dan dunia di perbahaskan dan diperbincangkan...Welcome in my blogs...blog ini akan mengutarakan pelbagai isu-isu semasa di dalam kampus dan polimek politik tanahair kita yang menarik.Iklim politik negara yang entersting ini memberi impak kepada tempur ukm berkongsi idea yang humanistik....
blogger merasakan trend politik tanahair memberi kesan yang holistik kepada politik kampus yang bakal menjelang...jesteru tempur ukm bersedia menjadi medium terbaik untuk mencoret isu-isu ini...

Read more...

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP