Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Thursday, July 3, 2008

PTPTN oh PTPtipu

ISU popular bagi pelajar dan bekas pelajar iaitu isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali lagi.

Baru-baru ini, kenyataan rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kerajaan mengurangkan kadar caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman PTPTN bagi meringankan beban 1.14 juta peminjam berikutan kenaikan minyak dan barang keperluan.

"Apa yang pasti, caj perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan tetapi diturunkan dan jika cadangan kementerian dipersetujui Kabinet, kadar caj baru akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Mengikut kenyataannya, beliau akan mengemukakan cadangan kepada mesyuarat Kabinet iaitu penurunan kadar caj perkhidmatan 50 peratus kepada hanya 1.5 peratus iaitu pengurangan 2.5 peratus berbanding empat peratus ketika pinjaman PTPTN diperkenalkan pada 1997.

Caj perkhidmatan PTPTN sinonim dengan caj riba di kalangan mahasiswa. Sebenarnya isu riba ini memerlukan penyelesaian yang kompleks kerana penyabitan hukum riba adalah berdasarkan kepada keadaan semasa.

Tetapi atas kebijaksanaan dan ijtihad mufti sebagai anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, isu ini diharap dapat diselesaikan segera.

Selain itu, kami merasakan bahawa isu ini patut diselesaikan secara berhemah dan berdiplomasi.

Kepada pihak berkenaan, ambillah tindakan serius untuk mengatasi masalah caj PTPTN yang sangat membebankan mahasiswa.

Kita tidak mahu ada sesetengah pemimpin yang menyatakan bahawa PTPTN akan wujud sampai bila-bila dan ada juga yang memainkan isu kononnya hendak menghapuskan PTPTN secara bersungguh-sungguh kepada rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Oleh itu, TEMPUR UKM merayu setiap pemimpin negara agar sama-sama mencari jalan penyelesaian.

Mungkin zaman mahasiswa yang dilalui para pemimpin besar negara pada waktu dahulu, PTPTN langsung tidak dikenakan kerana biasiswa pada ketika itu masih wujud berlandaskan Perkara 153 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi situasi sekarang tidak sama lagi kerana para pelajar yang meminjam PTPTN akan dihimpit dengan masalah hutang.

Lebih malang lagi sekiranya pelajar itu menjadi penganggur geseran iaitu pengangguran yang berlaku selepas mendapat ijazah kerana pelajar akan terus dikenakan bayaran selepas enam bulan tamatnya pengajian.

Secara tuntasnya, isu PTPTN tidak akan reda sekiranya langkah proaktif tidak diambil oleh semua pihak.

Jadi tindakan pengumuman oleh Menteri bertanggungjawab akan menjadi formula ajaib dalam penyelesaian segera berhubung isu caj perkhidmatan ini.

Bagaimanapun, sekiranya dihapuskan terus caj perkhidmatan tersebut, ia pasti memberikan satu motivasi dan lonjakan idealisme kepada mahasiswa yang bergantung pada PTPTN itu.

TEMPUR UKM merasakan bahawa pindaan terhadap Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi 1997 wajar dilaksanakan oleh Parlimen.

Sememangnya, TEMPUR UKM amat menghargai jasa dan sumbangan PTPTN selama ini yang banyak menolong pelajar dalam kewangan di Institut Pengajian Tinggi, tetapi berilah layanan adil dan saksama kepada pelajar, sebagai generasi pewaris terhadap kemajuan negara kita cintai ini.

Kazman@co

1 comments:

mutiaratihani October 22, 2008 at 1:46 PM  

ptptn oh ptptn...

moga tak lalai dalam menggunakannya..
moga tak lupa untuk membayarnya..

ptptn oh ptptn
kalu ko takder
mesti mahasiswa hbs bljar tanpa hutang
tapi ko ada tgh blajar dah berhutang..

herm..tak tahu nak cakap apa
nak blajar pun kna pikir pasal duit..
kalu prndidikan ni free
ramai mana pulak yang hargai..

herm...

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP