Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Thursday, November 20, 2008

Mahasiswa tuntut perubahan PMUKM akan datang......


Assalamualaikum.

Pertamanya, Tempur mengucapkan tahniah dan syabas kepada teman-teman yang baru sahaja selesai menghadapi final exam. Moga-moga najitah dari usaha teman-teman mencapai kejayaan.

Kedua, tempur juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada teman-teman, gunakanlah cuti ini untuk meningkatkan daya intelektual sebagai mahasiswa Malaysia dan memantapkan kredibiliti sebagai pemikir dan pengerak masyarakat kelas pertama.

Tempur ingin membawa teman-taman mengimbau kembali suasana UKM yang sentiasa bergolak dek kerana “budak tingkat 6”punya pecaturan peribadi. Isu-isu kebajikan dan keadilan mahasiswa yang cuba dimanipulasikan oleh “budak tingkat 6” ini.

1-Menyekat dan memfitnah aktiviti dan program salah satu persatuan rasmi UKM.
2-Campurtangan dalam pelantikan exco-exco dan AGM persatuan-persatuan fakulti.
3-Menahan dan mengugut sebahagian mahasiswa yang cuba mendedahkan keburukan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP.
4-Cuba menyembunyikan Pembubaran PMUKM,dan melewatkan pembubaran PMUKM.
5-Penyelewengan kewangan Tabung Pelajar UKM

Tempur hanya menyenaraikan sebahagian kecil antara peranan “budak tingkat 6” dalam isu-isu mahasiswa dan UKM. Agenda dan misinya mudah, untuk kepentingan peribadi dan kelangsungan politik sempitnya.

Teman-teman harus menyedari bahawa peranan kita sebagai mahasiswa sebagai golongan “pressure group” hal berkaitan kepentingan dan kebajikan kita dalam universiti,seterusnya cuba menjadi pemerhati dan pengkritik yang positif terhadap dasar-dasar universiti yang dirasakan tidak rasional dan relevan dengan tuntutan kita sebagai mahasiswa, seperti Akta AUKU, Peraturan Kediaman Kolej dan sebagainya yang difikirkan cuba memperlekehkan dan memperbodohkan mahasiswa.

Tempur, secara peribadi merasa kecewa dengan sikap dan peranan mahasiswa UKM yang kurang cakna dengan hal berkaitan semasa di UKM. Harus kita sedari bahawa, peranan yang dimainkan oleh PMUKM Pro Aspirasi yang kita pilih dalam PRK lepas gagal mengalas tanggungjawab sebaik mungkin dalam memperjuangankan kebajikan mahasiswa. Tetapi bila Tempur katakan PMUKM Pro Aspirasi adalah hamba dan pak turut HEP sahaja, ramai yang marah dan tidak setuju dengan pandanagan Tempur, tapi ini realiti yang Tempur ingin nyatakan, contohnya

1- Isu yuran kolej yang mahal dan tidak kompetitif
2- Fasiliti dan prasarana universiti yang lemah.spt Bus Transpot, bus Stop,sbgnya
3- Sistem wireless yang tidak menyeluruh di kediaman-kediaman kolej.
4- Harga makanan yang tinggi di café-café kolej dan fakulti.

Namun Tempur dukacita , Isu-isu diatas tidak di ambil perhatian oleh PMUKM Pro Aspirasi dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti. Adakah PRK hanya retorik HEP dalam mengamalkan sistem demokrasi di universiti? Hanyakah MPP Pro Aspirasi sahaja yang layak menjawat profolio PMUKM? PMUKM hanya boneka HEP?
Inilah persoalan Tempur lontarkan kepada teman-teman dalam PRK akan datang. Adakah kita masih lagi merelakan PMUKM Pro Aspirasi menjadi pemimpin kita, sedangkan kita sedia maklum “track record” PMUKM Pro Aspirasi gagal dan mengecewakan kita dalam memperjuangan kebajikan dan kepentingan mahasiswa.

Tempur merasakan perlunya ada perubahan tampuk kepimpinan PMUKM dari tangan Pro Aspirasi kepada golongan yang mampu dan bersedia mengalas amanah bagi memperjuangkan nasib dan membela hak-hak mahasiswa UKM khasnya.

Tempur juga bercita-cita melihat kepimpinan PMUKM akan datang mampu mendepani isu-isu semasa kampus dan negara, kematangan dalam menyatakan pandangan dan kritikan membina dalam membawa idealisme mahasiswa di persada antarabangsa. Kepimpinan sebeginilah yang mampu melahirkan dan mewujudkan suasana kondusif dan kompeten terhadap masyarakat dan negara.

Diakhir artikel Tempur ini, Tempur ingin mengingatkan kepada teman-teman bahawa bahayanya percaturan dan peranan “budak tinkat 6” di UKM. Tempur juga menyeru kepada teman-teman agar berfikir sematang-matangnya dalam kita menghadapi PRK akan datang, untuk kita memilih kepimpinan baru PMUKM. Kita sudah serik dengan corak kepimpinan PMUKM Pro Aspirasi.yang gagal dalam pentadbirannya.

Read more...

Wednesday, November 12, 2008

“Ex-Gratia” Zaid Vs Nazri









Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau kesal dan dukacita kerana tidak dapat mengotakan janji kepada bekas hakim-hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 untuk tidak mendedahkan jumlah saguhati yang dibayar oleh kerajaan kepada mereka awal tahun ini.



Tempur melihat,apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim selaku (mantan) menteri yang bertanggunggung jawab dalam hal ehwal kehakiman dan perdana menteri telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim berkenaan atas permintaan hakim-hakim berkenaan yang dianggapnya sebagai wajar.“Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara in ini dedahkan.




Akhirnya Zaid di tikam dari belakang oleh Nazri Aziz, apabila, minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim berkenan. Kenyatan ini amat mendukacitakan Zaid yang cuba berpengang dengan janjinya kepada Perdana Menteri dan Hakim-hakim terlibat untuk tidak mendedahkan bayaran Ex-Gratia itu.



Tempur ingin mengimbas kembali episod dalam tahun 1988 sudah jelas kepada ramai rakyat Malaysia dan dunia. Ketua Hakim Negara kita dan dua hakim kanan Mahkamah Agung telah dipecat. Tiga orang hakim kanan yang lain telah digantung kerja tetapi kemudiannya dilepaskan. Hakim-hakim berkenaan bukan sahaja telah mengalami dan menanggung kerugian kewangan bahkan telah turut menanggung pernghinaan dan malu keana mereka dipecat.


Tetapi statment Nazri Aziz di dalam Parlimen, yang menyatakan bahawa Hakim-hakim ini bersara awal bukan kerana dipecat ada satu penipuan besar, Adakah Nazri Azizi buta sejarah? Ataupun Nazri Aziz cuba memperbodohkan MP yang hadir. Tun Mahatir dengan lantang menyanggah kenyataan Nazri Aziz dan mengatakan Nazri telah berbohong.Inilah sikap Menteri Umno yang takut kepada keadilan dan kebenaraan, tambah Zaid Ibrahim.


Sukar untuk memahami bagaimana saat-saat gelap dan mendukacitakan dalam sejarah Malaysia kenyataan yang dihalusi oleh menteri undang-undang sekarang apabila beliau mengatakan bahawa hakim- hakim berkenaan telah diminta bersara awal dan tidak dipecat. Betapa orang yang berkuasa boleh memandang remeh soal ini? Terdapat cukup isu dewasa ini untuk kita mempolitikkannya tanpa memutar-belit kebenaran pemecatan hakim-hakim berkenaan pada tahun 1988.Tempur amat kecewa dengan intergriti Menteri-menteri Malaysia sekarang,


Zaid sekarang sudah insaf, tetapi Nazri dengan bongkak menuduh Zaid telah membutakan isu ex-gratia ini, seolah-oleh wujud konspirasi Zaid dengan mantan hakim-hakim yang dipecat.Inilah pertembungan menteri dalam Umno yang sesama sendiri tikam menikam. Hal ini juga berlaku kepada Perdana Menteri sekarang yang sedang sarat bertarung dengan bakal Perdana Menteri baru bagi menjatuhkan maruah dan kredibiliti bakal mengantikan tempatnya, dengan mepergunakan "budak tingkat 4". Tidak hairanlah Umno sekarang diambang kemusnahan.


Tempur bersimpati dengan Zaid Ibrahim yang selama ini telah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya kerajaan membayar ex-gratia kepada mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab, sebagai suatu pampasan kerana keterlanjuran Kerajaan pada tahun 1988. Ia juga menjadi suatu isyarat bahawa Kerajaan sekarang menyokong integriti dan kebebasan institusi yang dihormati yakni badan kehakiman. Ini juga merupakan kemahuan Perdana Menteri supaya kita memperlihatkan ihsan dan ketinggian hati budi kepada hakim-hakim ini tetapi malangnya Zaid ditemplak dengan dahsyat oleh Nazri Aziz dengan mendedahkan bayaran ex-gratia ini kepada umum. Bertapa hancurnya hasrat murni Zaid Ibrahim kepada rakyat Malaysia, yang cuba mengembalikan integerti dan kepecayaan rakyat kepada Kerajaan sekarang.


Zaid dengan nada sedih dan kecewa kerana saya tidak dapat mengotakan janji saya kepada hakim-hakim ini. Adakah ini bermakna bahawa kata-kata yang lahir dari bibir menteri kerajaan tidak lagi boleh dipandang serius?dan adakah ini satu kebiadaban seorang menteri yang bernama Nazri Aziz kepada Institusi Kehakiman?


Tempur harap kenyataan dan sindiran menteri-menteri Umno yang masih seronok menyelar hakim-hakim berkenaan, sama ada secara langsung atau melalui kata-kata mereka yang mempersenda, menyindir dan mencemuh, yang sememangnya sudah menjadi ‘trademark’ Nazri Aziz, tidak akan mengganggu dan menguris hati hakim-hakim yang telah menerima bayaran berkenaan. Rakyat negara ini sentiasa ingat akan khidmat dan keberanian anda. Anda telah selama ini menjadi inspirasi kepada sesetengah hakim Mahkamah Tinggi kita yang akhir-akhir ini telah memperlihatkan bahawa semangat kebebasan untuk menegakkan keadilan masih hidup dan subur.


Tempur mengucapkan takziah kepada Zaid Ibrahim di atas keberanian beliau untuk mengembalikan keadilan dalam sistem Kehakiman, waluapun Nazri sentiasa membayanginya dan berhasrat untuk membunuh hasrat murni beliau.

Read more...

Saturday, November 8, 2008

Aspirasi Lesapkan RM???? UKM...



Assalamualaikum..

Aduhhh, Tempur dikejutkan dari tidur dengan maklumat terkini tentang puak-puak haluan mana entah,yang telah melesapkan duit tabung pelajar UKM yang sejumlah RM10K...Betul k? ini yang buat tempur tidak sedap badan dengan maklumat ini. Maklumat ini Tempur perolehi dari informer Tempur di Pejabat Bendahari yang baru-baru ini telah mengadakan meeting tergemparberkaitan kewangan yang juga dipanggil dalam meeting itu TNC HEP. Apa kaitan TNC HEP? Sudah seminggu Tempur menyiasat berita ini, walaupun Tempur tengah exam. Atas kesedaran sivik Tempur usahakan juga mencari kebenaranya.

Tempur bukan suka sangat dengar khabar aingin atau maklumat tanpa bukti nei, walaupun informer Tempur tidak pernah memberi maklumat palsu kepada Tempur. Dalam tempoh seminggu nei Tempur sudah mendapat kepastian tentang berita ini. Apa yang memeranjatkan Tempur berita ini benar dan tepat Yang malangnya lagi pekara ini dilakukan oleh pelajar yang mendapat amanah dari HEP. Aduhhh,, apa sudah jadi dengan sistem pentadbiran HEP ini, ketirisan dan penyelewengan RM10k tidak dapat dikesan.

Maklumat terkini, Puak-puak yang melesapkan RM10k ini adalah golongan yang sedang mewakili pimpinan PMUKM!!!! informer Tempur kata, bukan semua dalam puak-puak itu, tapi yang master mind dalam puak-puak itu.Tempur risau la, baru bergelar mahasiswa sudah berani melesapkan duit sejumlah itu yang canggihnya secara berkumpulan pula itu, pening Tempur fikirkan masa depan negara, jika puak-puak ini mentadbir Malaysia.

Tempur dengar dari mulut pegawai kanan HEP, bahawa duit RM10k ini digelapkan oleh budak-budak yang rapat dengan TNC HEP, betul k? ke TNC HEP bersekonggol sekali dalam kes ini? apa sudah jadi nei dengan UKM,haru biru dibuatnya, RM10k ini khabarnya dibelanjakan oleh seorang master mind puak-puak ini dengan memiliki kereta Proton Saga secondhand warna biru gelap,nombor pendaftaran WCM 25??.alahai mahasiswa UKM, duit tabung teman-taman dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sedih Tempur dengar.

Tempur borak-borak dengan seorang matan Aspirasi kelmarin,beliau secara jujur mengakui memang berlaku penyelewengan dan isu melesapkan duit tabung pelajar UKM. Tambah beliau ini baru satu kes yang Tempur dedahkan, sedangkan sudah banyak kes-kes ini berlaku, jawab Matan Aspirasi dengan gelak ketawa. Tempur merasakan masalah ini sudah berlaku hampir 5tahun semenjak PRK dimenangi oleh puak-puak yang suka mengampu HEP. alahaii, nasib UKM dibawah pimpinan yang kaki ampu nei..

So, Tempur rasa perlu ada tindakan pihak berkuasa untuk memastikan kes ini di siasat dengan segera, Khabarnya NC telah mengarahkan BPR untuk menyiasat kes ini, kita serahkan kes ini kepada mereka untuk menyelesiakan, cuma harapan Tempur agar kes ini dapat disiasat secara bersih tanpa ada wujud sentimen politik.

Read more...

Friday, November 7, 2008

Tahniah Ustaz Syakirin Husin....


Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Syakirin dan Ustazah Azieati yang selamat di ijab kabulkan petang tadi di Masjid Taman Teknologi Kajang. Saya mengharapkan hubungan kalian kekal selamanya hingga ke anak cucu. Saya amat gembira pada hari ini, kerana dapat menyaksikan detik bahagia naqib saya melafazkan akad nikahnya. selaku anak usrah, Ustaz Syakirin telah banyak mencurahkan ilmu mahupun idea dalam saya mengharungi alam mahasiswa yang penuh mehnah dan tribulasi. Setinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Syakirin.

Moga-moga Allah sentiasa meletakkan istiqomah dalam pejuangan ustaz untuk menegakan Islam Untuk Semua. Kepada Ustazah Azeati, selamat mengharungi alam rumahtannga bersama Naqib saya, jaga dia baik-baik...

Saya juga mewakili seluruh mahasiswa/i Fakulti pengajian Islam mengucapkan Tahniah kepada Ustaz Syakirin dan isteri tercinta Ustazah Azieati di atas perkahwinan ini. Moga dirahmati dan di berkati Allah.

Read more...

Thursday, November 6, 2008

Barack Obama Ohhhh Barack Obama...



Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika adalah satu mirip kejayaan perubahan yang sama seperti rakyat Malaysia yang inginkan.

Tempur melihat kemenangan Obama itu merentasi kaum, generasi dan agama seperti mana kejayaan yang baru dilakar dan dicorakan dalam iklim perubahan politik di Malaysia dalam PRU12 Mac yang lalu.


Tempur melihat, sokongan yang diterima bakal Presiden Amerika ini merentasi batas kaum, agama dan generasi, malah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada bulan Mac lalu apabila rakyat Malaysia memilih untuk menolak satu sistem pemerintahan yang masih terikat dengan polisi penindasan dan kezaliman.


Barack Obama dari Parti Demokrat mencipta sejarah apabila beliau orang kulit hitam yang pertama memenangi pilihanraya Presiden negara berkenaan dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.


Obama, mengalahkan calon lawan dari Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakan beliau menduduki kerusi di White House.McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.


Tempur turut berharap agar Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama akan memperlihatkan kepimpinannya berhubung isu-isu kemanusiaan berbanding pentadbiran lepas yang gagal untuk berbuat demikian.


Bagi Tempur, pentadbiran baru Barack Obama, hubungan dan dialog di antara negara-negara Muslim dan Amerika Syarikat mempunyai harapan yang lebih cerah. Isu-isu di Timur Tengah sememangnya memerlukan komitmen terhadap diplomasi yang konsisten, bersedia melakukan perubahan serta transfomasi dalam hubungan dunia sejagat.Walaupun Tempur perhatikan, Obama hanya bermula dengan satu harapan yang hampir mustahil akan tetapi diatas keberanian, kini ianya sudah menjadi kenyataan.


Tempur kagum dengan hasrat Presiden Baru AS ini untuk memulakan halatuju baru hubungan di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia.Kemenangan besar Obama memberi satu contoh teladan kepada rakyat Malaysia bahawa politik berasaskan perkauman dan politik sempit sudah lapuk dan tidak lagi relevan.


Jesteru, Tempur menyeru kepada seluruh teman-teman mahasiswa/i bangun dan bangkit untuk membuat perubahan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang, kita wujudkan “Harapan Baru Mahasiswa” di bumi yang tercinta ini.Tranfomasi politik di US serta perubahan iklim politik di Malaysia perlu di jadikan parameter untuk kita mengorak langkah bagi menjayakan satu misi baru di UKM ini, kita kembalikan kegemilanagan pemimpin mahasiswa/I di era-90an.Untuk membuktikan bahawa mahasiswa tidak lesu dan mandul dek kerana cengkaman AUKU.

Read more...

Tuesday, November 4, 2008

Berita Panas dari TEMPUR

Assalamualaikum

Baru-baru nei Tempur dapat maklum bahawa PMUKM sudah bubar, Betul ke?..Tapi maklumat yang Tempur dapat mengesahkan kebenaran maklumat itu. Lama juga Tempur tunggu pembubaran PMUKM nei. Antara paling lewat dikalangan IPTA lembah klang, kenapa er?..itu persoalan yang Tempur hari-hari fikirkan.sampai sekarang tiada jawapan.

Maklumat terbaru Tempur dapat, menyatakan tiada notis tampalan dekat bilik gerakan PMUKM akan pemberitahuan tentang pembubaran nei, kenapa er? nei lagi persoalan yang memeningkan otak Tempur. Kenapa pihak pentadbiran seolah-olah merahsiakan pekara ini? adakah untuk memberi ruang yang luas kepada mahasiswa fokus dalam exam jer??.. kenapa sebelum nei pekara macam nie tidak berlaku yer? Tempur nampak macam ada masalah jer dalam tempoh-tempoh gennting nei, ke nei Suprise TNC HEP sebelum beliau bersara wajib dari UKM nei?? Pening Tempur pikirkan pekara nei. Sampai terbawa-bawa ke dalam asei exam Tempur.

Tempur dapat maklumat terkini, yang menyatakan notis pembubaran PMUKM di edarkan di semua Fakulti? betul ke? Tempur tidak nampak pun dekat Fakulti Tempur perkeliling pembubaran PMUKM. Pelik bin Ajaib? ke ada tangan ganas yang membuangnya? ke ada "budak tingkat 6"yang mencaturkan tentang pembubaran PMUKM nei? hairan Tempur tengok pengurusan UKM nei. kata ada ISO 2009, tapi notis macam itu pun tidak boleh di uruskan dengan baik, sebab itu, UKM tidak dapat Universiti APEX kot..

Mahasiswa/i sekalian, Tempur nak maklumkan kepada semua, bahawa ada tangan-tangan kotor yang hendak memperbodohkan teman-teman semua, macam ,mana kes pembubaran PMUKM.
Tempur cadangankan kepada mahasiswa/i UKM sudah tiba masanya teman-teman semua membuat perubahan dalam UKM nei, kita perlu mencetuskan "Harapan Baru Mahasiswa".Tempur sudah muak la dengan sikap yang ditunjukan oleh "budak tingkat 6" nei, pempergunakan mahasiswa untuk agenda peribadi dan kepentingan politiknya. Ayuh teman-teman budiman sekalian,Semester depan kita buktikan kuasa mahasiswa/i dalam memulihkan kembali reputasi UKM dan PMUKM yang sudah 5 tahun kelemasan dek sikap dan perangai yang cuba memperbodohkan mahasiswa/i UKM.

Exam-exam juga teman-teman, tetapi current issue kena alert juga, sebab kita yang peneraju PMUKM akan datang...





Read more...

Sunday, November 2, 2008

Budaya "A" dalam sistem pendidikan di Malaysia

Budaya pelajaran di Malaysia perlu dikaji semula oleh kerajaan sekarang bagi memastikan bahawa sistem pendidikan kita mempunyai nilai dan target dalam melahirkan tenaga kerja yang proaktif dan inovatif. Pekara ini Tempur melihat bahawa budaya pelajaran yang hanya menumpukan "A" dalam peperiksaan mengakibatkan banya memberi kesan negatif kepada pembangunan modal insan, tidak dinafikan bahawa pencapaian cermelang perlu diukur dengan nilai "A", "B" dan sebagainya. Tetapi Tempur melihat akan lagi pentingnya pencapaian menbangunkan manusia dengan pembentukan seiringan antara rohani dan jasmani.

Sehubungan dengan itu, Tempur mengharap kementerian yang sepatutnya mengkaji semula dasar pelajaran dan pendidikan yang menilai pencapaian pelajar berdasarkan peperiksaan . Hal ini kerana penilaian peperiksaan tidak lagi suibtable kerana telah terbukti akan kualiti pelajar semakin merosot dan tambahan pula masalah sosial dan kes juvana yang melibatkan pelajar semakin membimbangankan.

Rentetan dari sistem ini, diamalkan di peringkat rendah lagi, trend "A" telah menular ke peringkat Universiti, mahasiswa akan mengharapkan agar pengsyarah mereka memyuap mereka dengan tips-tips untuk mendapat "A". hal ini mendukacitakan kita, kerana mahasiswa adalah satu golongan yang akan menentukan masa depan negara, namun dengan doktrin sistem pendidikan yang ada sekarang seolah-olah mahasiswa telah lupa akan peranan mereka untuk pembangunan negara dan masyarakat khususnya.

Oleh itu, Tempur merayu agar pihak kerajaan memandang serius akan pandangan Tempur ini, dan mengorak langkah untuk mengkaji dasar sedia ada sekarang tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kepentingan pribadi mahupun politik sempit.

Read more...

Friday, October 31, 2008

ALAM EXAM..


Para mahasiswa digemparkan dengan musim EXAM, inilah trend yang akan diterima oleh keseluruhan pejuang-pejuang segulung ijazah. Oleh itu, Tempur perhatikan suasana universiti menjadi tenang dan damai,kesibukan mahasiswa hanya tertumpu dikawasan-kawasan yang sebelum ini sunyi dari langkah2 tempang mahasiswa,suara2 sumbang berbincang tentang pelajaran. Inilah suasana yang telah sebati dengan mahasiswa malaysia.EXAM bukan satu racun,mahupun madu, tp EXAM seolah-oleh seperti duri yang membuang bisa dikala sengsara.

Walaubagiamanapun, Tempur mengaharap mahasiswa/i masih segar dengan agenda idealisme mahasiswa, yang menuntut tranfomasi sistem EXAM bukan penentu atau key indecator untuk menilai kebijaksanaan dan kebolehan seseorang mahasiswa/i dalam membentuk pemikiran kelas pertama.Kayu ukur-kayu ukur yang baru perlu dijelmakan untuk memastikan kelangsungan wadah mahasiswa/i boleh dinilai dengan sebaik mungkin.

salam EXAM, penentu mahasiswa Robot dan Ampu...

Read more...

Friday, October 24, 2008

Isu Penuntut Islam IPT

Di Malaysia, mahasiswa Islam telah memainkan peranan mereka yang tersendiri di dalam

mencorakkan kehidupan masyarakat seawal kewujudan universiti pertama di Malaysia.

Gerakan Mahasiswa Islam pada setiap ketika adalah dinamik mengikut suasana persekitaran

dan penyesuaian yang hendak dilakukan mestilah sesuai dengan perubahan zaman.

Namun, apabila modenisasi semakin rancak berkembang di dalam negara kita, maka ia sudah

tentu melahirkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan dengan sebaik mungkin

oleh mahasiswa Islam.

Sebelum penulis membincangkan beberapa cabaran modenisasi dan saranan dalam

mendepaninya, kita terlebih dahulu perlu mengetahui matlamat utama mahasiswa Islam.

Hasil daripada beberapa pembacaan, penulis dapat merumuskan bahawa matlamat utama

mahasiswa Islam adalah menjadi hamba Allah dan khalifahNya di atas muka bumi ini dan

bertanggungjawab membina diri dari segi intelektual, spiritual dan jasmani.

Selain itu juga, mahasiswa Islam perlu menjadi penyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada

kemungkaran dan seterusnya menjadi pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam.

Matlamat ini perlu dihayati bersama-sama kerana tanpanya mahasiswa Islam akan kekaburan

haluan dan mudah mengalah dalam memenuhi gerakannya.

Seterusnya, beberapa cabaran yang penulis ingin tekankan dan perlu diberi perhatian oleh

gerakan mahasiswa Islam ialah cabaran modenisasi sekularisme yang telah mewujudkan

kelompok manusia yang mengkesampingkan agama dan menganggap agama sebagai halangan

ke arah mencapai kemodenan dan kemajuan madani.

Mereka menganggap kehidupan di dunia ini tiada kaitannya dengan Tuhan dan Tuhan tidak

boleh dibabitkan dalam kehidupan manusia sama ada dalam mengatur negara, kepimpinan

politik, pengagihan kekayaan, perlaksanaan undang-undang, perlaksanaan ekonomi dan sosial

yang menurut ajaran Islam.

Bentuk sekularisme yang pelbagai ragam ini adalah cabaran dalam era modenisasi dan perlu

ditentang secara menyeluruh oleh mahasiswa.

Keduanya ialah cabaran akhlak dan moral yang semakin rosak dalam masyarakat Malaysia

khususnya kepada golongan remaja ataupun mahasiswa.

Oleh itu, ia perlu diambil perhatian yang serius oleh mahasiswa Islam dengan bekerjasama

dengan pelbagai pihak dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam

menangani fenomena yang mencengkam jiwa remaja masa kini.

Krisis akhlak dan moral ini jika tidak dibendung dengan segera akan memberi impak yang

negatif dalam sesebuah masyarakat dan peradaban ummah.

Seterusnya ialah cabaran ekonomi yang menunjukkan bahawa 70% ekuiti ekonomi negara

dipegang oleh golongan bukan Islam dan kebanyakan teknokrat dan professional adalah terdiri

daripada golongan bukan Islam.

Fenomena ini perlu disedari oleh mahasiswa Islam dan perlu melakukan perubahan dalam diri

untuk meningkatkan keupayaan dalam ekonomi dan bersedia untuk bersaing dengan golongan

bukan Islam.

Ini merupakan beberapa perkara penting yang sempat penulis senaraikan bagi renungan

bersama dan perlu diambil perhatian serius oleh mahasiswa Islam dalam melakukan perubahan

dalam gerakan mahasiswa Islam.

Justeru ,bagi memantapkan gerakan mahasiswa Islam masa kini, satu perkara asas yang perlu

diberi perhatian ialah pentafsiran semula istilah ‘mahasiswa’.

Jika kita lihat dalam konteks masa kini, mahasiswa lebih cenderung merujuk kepada kumpulan

ijazah pertama di universiti iaitu tidak termasuk pelajar-pelajar pra-ijazah dan pelajar-pelajar

lepasan ijazah.

Selain itu, generasi mahasiswa Islam hari ini mestilah mewujudkan hubungan yang baik dengan

ahli-ahli akademik sebagai penjana ilmu di samping menjadi benteng yang dapat

mempertahankan mahasiswa dalam keadaan terdesak.

Satu kekosongan yang amat ketara dalam gerakan mahasiswa Islam hari ini ialah kerendahan

tahap penguasaan ilmu untuk diaplikasikan di luar dewan kuliah.

Masalah ini mempunyai kaitan dengan kelunturan budaya berfikir secara kritis di kalangan

mahasiswa Islam serta kepekaan yang begitu rendah terhadap isu-isu semasa yang berlaku di

dalam negara kita dan di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, program-program ke arah membina budaya berfikiran kritis dan meningkatkan

kepekaan mahasiswa perlu diberi keutamaan seperti mengadakan sudut pidato, kongres

mahasiswa, forum, simposium dan kolokium berbanding dengan program-program yang

menjurus kepada hiburan dan kerehatan minda.

Tahap penguasaan ilmu yang rendah ini menyebabkan mahasiswa Islam sering ketinggalan

berbanding dengan kumpulan ahli-ahli politik dan NGO dalam melihat perubahan sosial,

ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat dan negara.

Seringkali juga pimpinan mahasiswa Islam ketandusan idea dalam memberikan pandangan

sebaliknya meminjam idea-idea dari kumpulan yang disebutkan di atas.

Fenomena seumpama ini akan melunturkan ketulenan idealisme perjuangan mahasiswa.

Mahasiswa sebegini akan menjadi tidak proaktif sebaliknya reaktif terhadap perubahan yang

berlaku dalam masyarakat dan negara.

Kegagalan generasi mahasiswa Islam kini mengorganisasikan front mahasiswa di peringkat

nasional adalah merupakan salah satu faktor penting yang melemahkan perjuangan mahasiswa

Islam.

Oleh itu, mahasiswa perlu membentuk kesatuan di peringkat nasional dengan pengurusan

organisasi yang lebih tertur. Contohnya ialah dengan menjalinkan hubungan yang rapat dengan

organisasi mahasiswa Islam di setiap universiti seperti mana yang dilakukan oleh Majlis

Perwakilan Mahasiswa yang mempunyai rangkaiannya yang tersendiri di setiap universiti.

Namun fokus utama yang harus diberi perhatian oleh mahasiswa Islam ialah kesatuan organisasi

mahasiswa Islam di setiap universiti yang wujud dalam negara kita.

Ini adalah penting bagi menyatukan kesatuan mahasiswa Islam di bawah satu gagasan dengan

berasaskan kepada matlamat perjuangan yang sama dan selaras dengan konsep Islam Hadhari

yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.

Generasi mahasiswa Islam hari ini juga mestilah mewujudkan satu siri program yang tersusun

merangkumi perancangan jangka pendek dan jangka panjang ke arah melahirkan pimpinan

mahasiswa yang berkredibiliti.

Oleh itu, perancangan ke arah memupuk watak kepimpinan di kalangan mahasiswa pra-ijazah

serta pelajar-pelajar sekolah menengah mestilah digiatkan supaya mereka yang bakal

melangkah ke universiti adalah yang benar-benar memahami idealisme perjuangan gerakan

mahasiswa Islam.

Sebagai kesimpulan, perlu ditegaskan bahawa idealisme perjuangan mahasiswa Islam perlulah

dihayati sepenuhnya oleh mahasiswa dan seterusnya merealisasikannya oleh pucuk pimpinan

mahasiswa dengan penuh berhikmah.

Dengan persiapan yang dilakukan, mahasiswa Islam perlu memainkan peranan yang baik secara holistik.

Read more...

Isu Pembinan Keluarga Islam

Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.

Sesebuah masyarakat itu pula akan menjadi baik dan dipandang baik hanya bila ia berlandaskan kepada satu sistem hidup yang haq, iaitu Islam, di mana pengabdian hanya kepada Allah sahaja dan tidak kepada sesama manusia atau apa apa sesuatu selain daripada Nya.

Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Melalui institusi ini jugalah generasi muda dibentuk untuk mendukung aspirasi aspirasi yang diredai dan yang dikehendaki. Suasana ini akan wujud di dalam sebuah keluarga dalam masyarakat Islam kerana pertalian antara ahli keluarga dan segala perlakuan mereka adalah berdasarkan iman dan taqwa kepada Allah semata mata. Di samping itu terdapat hak hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga yang diatur dengan begitu saksama dan 'adil oleh Islam. Keadaan tidak sihat seperti adanya perasaan dengki dan dendam, tidak puas hati atau mementingkan diri sendiri tidak mendapat tempat di dalam sebuah keluarga Islam. Malah apa yang timbul adalah perasaan kerjasama dan perpaduan antara ahli ahli keluarga.

Fungsi keluarga ini amat penting difahami oleh setiap muslim dan muslimah. la adalah suatu perkara yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan yang teliti demi untuk melahirkan umat yang dapat menjalankan tugasnya. sebagai umat pilihan, yang berusaha secara berterusan untuk membawa sinar kebenaran kepada seluruh dunia.

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Dalil dalil daripada al Qur'an dan al Sunnah menegaskan bahawa tujuan dan fungsi institusi keluarga adalah seperti berikut:

2.3 Kestabilan Hubungan Kerohanian, Kebaikan dan Kasih Sayang

Hubungan antara ahli ahli dalam keluarga, khususnya dalam hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan fizikal semata mata. Keluarga di dalam Islam rnerupakan pusat yang mengembangkan kasih sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan, percaya mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman dan semua ini berlandaskan kepada kekuatan kekuatan rohaniyah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dyadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." (Al Rum: 21)

".. mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka." (Al Baqarah: 187)

2.4 Proses Pembentukan dan Pembinaan Nilai

Fungsi pembiakan manusia tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.

Read more...

Thursday, October 23, 2008

Isu Ilmu-Ilmu Islam

Setiap Gerakan Dalam Solat Ada Nilai Terapeutik PDF Print E-mail

kecil_Muslim+Kids+Praying+300.jpgKAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Read more...

Wednesday, October 22, 2008

Isu Penghayatan Islam

Bulan Ramahdan Al-Karim


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
“Ramadhan kareem”

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”
(Al-Baqarah: 183)

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan 1429H, bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan al-mubarak dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Begitu juga mahasiswa dan mahasiswi UKM. Peluang seperti ini belum pasti dapat dinikmati lagi selepas ini. Jika dipanjangkan umur kita atau ‘bonus’ pasti kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Bulan ramadhan bukanlah bulan untuk berpuasa semata-mata bahkan labih dari itu, bulan ramadhan merupakan bulan tarbiah terbaik yang dianugerahkan kepada kita, kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan diri dan mengukuhkan kekuatan iman disamping mencantikkan akhlak dan peribadi.

Mahasiswa/i yang dirahmati Allah,
Disamping kita menahan diri daripada makan dan minum, kita juga diwajibkan menahan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang boleh mendefisitkan pahala puasa kita. Menjauhkan perkara-perkara makruh dan syubhah serta memperbanyakkan perkara-perkara sunat yang boleh memaksimumkan pahala puasa kita.

Sebelum kita lupa, bulan ramadhan inilah diturunkan kepada kita suatu peraturan atau buku panduan untuk seluruh umat manusia. Seperti yang disebutkan didalam firman Allah :

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)."
(maksud al Baqarah: 185)

Al-Quran al-Karim yang diturunkan mengandungi pelbagai hikmah yang tidak dimanfaatkan oleh kebanyakan manusia. Kita mungkin hanya tahu membaca tanpa mengambil pengajaran daripadanya. Lebih malang lagi kita mungkin hanya menyelak helaian-helaian al-Quran di bulan atau hari tertentu sahaja. Bahkan lebih berat dan dahsyat ada di kalangan kita yang langsung tidak tahu membaca dan mengenal huruf-huruf al-quran. Didalam kitab suci ini terlalu banyak ilmu dan pengajarannya. Ada yang wajib, sunat, haram dan sebagainya. Jangan kita sekadar membaca, memahami tetapi tidak melaksanakan apa yang diperuntukkan kepada kita.

Menyentuh kembali bulan penuh keberkatan, ramadhan al-mubarak, pesanan untuk diri saya dan mahasiswa-dan mahasiswi seluruhnya, gunakanlah anugerah ramadhan ini untuk memperbaiki diri, perbanyakkanlah amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, bertarawikh, bersedekah dan sebagainya. Peliharalah lidah kita daripada bercakap perkara yang sia-sia. Jauhi pandangan mata daripada pemandangan yang memerangkap kita. Tentukan hala tuju pendengran kita kearah bunyi-bunyian yang berfaedah dan memberi keuntungan kepada iman kita. Usahakanlah agar ramadhan kali ini menjadi ramadhan terbaik dalam hidup kita. Hayati dengan penuh keinsafan dan keimanan. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan hambaNya yang bertaqwa.

Read more...

Isu Pembinaan Keluarga Islam

Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.

Sesebuah masyarakat itu pula akan menjadi baik dan dipandang baik hanya bila ia berlandaskan kepada satu sistem hidup yang haq, iaitu Islam, di mana pengabdian hanya kepada Allah sahaja dan tidak kepada sesama manusia atau apa apa sesuatu selain daripada Nya.

Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Melalui institusi ini jugalah generasi muda dibentuk untuk mendukung aspirasi aspirasi yang diredai dan yang dikehendaki. Suasana ini akan wujud di dalam sebuah keluarga dalam masyarakat Islam kerana pertalian antara ahli keluarga dan segala perlakuan mereka adalah berdasarkan iman dan taqwa kepada Allah semata mata. Di samping itu terdapat hak hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga yang diatur dengan begitu saksama dan 'adil oleh Islam. Keadaan tidak sihat seperti adanya perasaan dengki dan dendam, tidak puas hati atau mementingkan diri sendiri tidak mendapat tempat di dalam sebuah keluarga Islam. Malah apa yang timbul adalah perasaan kerjasama dan perpaduan antara ahli ahli keluarga.

Fungsi keluarga ini amat penting difahami oleh setiap muslim dan muslimah. la adalah suatu perkara yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan yang teliti demi untuk melahirkan umat yang dapat menjalankan tugasnya. sebagai umat pilihan, yang berusaha secara berterusan untuk membawa sinar kebenaran kepada seluruh dunia.

Fungsi Institusi Keluarga menurut Al Qur'an dan Al Sunnah

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Dalil dalil daripada al Qur'an dan al Sunnah menegaskan bahawa tujuan dan fungsi institusi keluarga adalah seperti berikut:

Pengekalan dan Penerusan Umat Manusia

Pengekalan kehidupan manusia dan kebudayaan, penerusan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini bergantung kepada berkesannya jentera yang menjamin pembiakan umat manusia. Segala sesuatu yang berkaitan dengan proses pembiakan memerlukan kepada wujudnya satu struktur yang stabil yang dapat menjamin proses tersebut berjalan dengan baik. Oleh itu perempuan, laki laki dan anak anak memerlukan satu institusi yang tetap dan berkekalan untuk memenuhi tujuan ini. Menurut al Qur'an, institusi keluarga adalah sistem yang dapat mengendalikan hal ini. Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

"Isteri isteri kamu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam mu sebagaimana saja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Perlindungan Akhlaq dan Tatasusila

Kecenderungan untuk melakukan hubungan jenia adalah merupakan sesuatu yang tabi'i dalam diri manusia. Kecenderungan yang tidak dikawal akan membawa kepada kerosakan akhlaq dan tatasusila. Pengabaian sepenuhnya terhadap kecenderungan ini pula merupakan penentangan terhadap tabi'at semula jadi manusia. Islam menetapkan pengendalian yang baik demi menjamin kesucian masyarakat.

Islam melarang hubungan jenia di luar nikah. Tetapi Islam menggalakkan perkahwinan agar laki laki dan perempuan dapat memenuhi kecenderungan kecenderungan tabi'i mereka dengan sebaik baiknya. Islam menetapkan perkahwinan agar laki laki dan perempuan dapat meni'mati hidup berkeluarga di samping sama sama bertanggungjawab dalam mengukuhkan keluarga tersebut.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Kerana itu kahwinilah mereka dengan setzin tuannya, dan berilah maskahwin menurut yang patut, sedang mereka pun wanita wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki laki lain sebagai piaraan." (A1 Nisa': 25)

"(Dan dihalalkan mengahwini) wanita wanita yang menjaga kehormatannya di antara wanita wanita yang beriman dan wanita wanita yang menjaga kehormatan di antara ahli Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskahwin mereka dengan maksud untuk mengahwini mereka, tidak dengan maksud untuk berzina dan tidak pula menjadikan wanita wanita simpanan" (Al Ma'idah: 5)

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab ia dapat menundukkan padangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Bukhari)

Kestabilan Hubungan Kerohanian, Kebaikan dan Kasih Sayang

Hubungan antara ahli ahli dalam keluarga, khususnya dalam hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan fizikal semata mata. Keluarga di dalam Islam rnerupakan pusat yang mengembangkan kasih sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan, percaya mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman dan semua ini berlandaskan kepada kekuatan kekuatan rohaniyah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dyadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." (Al Rum: 21)

".. mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka." (Al Baqarah: 187)

Proses Pembentukan dan Pembinaan Nilai

Fungsi pembiakan manusia tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.

Read more...

Monday, October 20, 2008

Isu Pendidikan Islam Anak-Anak

Anak : Perlu Cara Baru?

ANAK-ANAKKU

"Allah suka orang yang solat"

"Kalau kita tidak solat, Allah akan bakar dalam api, panas api tu macam termakan nugget panas,

sakit mulut kan, itu baru sikit belum terbakar lagi?"

Inilah bentuk-bentuk bahasa yang biasa kita cuba gunakan dalam memberikan nasihat kepada

anak-anak kita yang berumur sekitar 4-9 tahun. Tepat tak cara dan bahasa yang digunakan itu

atau terlalu rendah? Atau mungkinkah terlalu tinggi?

MINDA KITA DAN ANAK

Pada kebiasaannya, jika saya tidak menghadiri ceramah atau kuliah maghrib, saya sekeluarga

akan mengadakan tazkirah ahli keluarga. Pada mulanya saya seorang atau isteri yang akan

memberi pengisian kepada anak kami seramai empat orang.

Secara peribadi saya menghadapi sedikit kesukaran untuk memilih ayat dan perkataan yang

sesuai semasa memberikan tazkirah, kerana bimbang anak saya yang berumur 9 dan 7 tahun

gagal menangkap mesej saya.

Namun, setelah berfikir kembali, saya kira ini adalah masalah pertama saya agaknya. Bagi saya

kita tidak patut terlalu merendahkan kemampuan anak untuk memahami sesuatu. Kerana

apabila melihat kertas-kertas jawapan sekolah mereka, saya menjadi kagum pula dengan

kemampuan mereka menjawab soalan yang saya fikir anak berumur 7 tahun tidak mampu.

Mana tidaknya, di zaman saya darjah satu dulu, baru nak belajar " A-Y-A-M" bunyinya ayam ,

" B-O- L-A" ialah BOLA dan lain-lain. Silibus darjah satu hari ini sudah berbeza, sudah semakin

tinggi. Cuba anda buat semakan kertas soalan darjah satu anak anda.

Justeru sebagai ibu bapa, perlu menangkap perbezaan ini jika mereka mahu memahami anak

mereka. Jangan asyik bangga dengan alasan makan garam dulu sahaja.

MASALAH RUMIT MAMPU DIFAHAMI

Pernah banyak kali apabila saya dan isteri berbincang berkenaan masalah yang agak rumit

dengan bahasa yang dikira bahasa orang dewasa, tetapi disampuk dan ditanya oleh anak-anak.

Kami tidak pula sangka mereka memahaminya.

"Ummi, tadi kat sekolah kawan kata mak dia parti xx " kata anak saya berumur tujuh tahun

"Lepas tu kak ngah pun cakap la, mana boleh sokong xx ni, kita kena sokong xxx sebab ..."

ulasnya.

Hmm..angkat kening juga saya

Kami tidak pernah mengajarnya bercakap demikian secara specifik, hanya cakap-cakap umum

di rumah dan perbincangan-perbincangan dengan isteri. Tidak pula saya sangka anak-anak yang

duduk di sekeliling kami sambil bermain-main, waktu yang sama beberapa point termasuk hal

politik juga boleh masuk dalam kepala dan minda mereka. Lebih hebat dari itu, MEREKA

MAMPU MEMBUAT kesimpulan.!

Mungkin ini salah satu perkara yang mana ramai ibu bapa hari ini terlepas pandang. Kita kerap

kali tersilap perkiraan dengan kefahaman anak-anak. Rancangan televisyen yang kita sangka

tidak memberi pengaruh kepada anak (mungkin kerana dijangka kandungan

yang agak tinggi dan bahasa yang agak rumit), kerana hanya beberapa saat adegan

yang tidak baik, rupanya memberi kesan ‘sesuatu' di mindanya. Sebab itu, sebagai ibu dan bapa,

kita wajib mengawal rancangan televisyen yang ditonton, kartun yang dilihat, iklan yang

dipapar. Pastikan remote sentiasa dekat dengan anda.

Bayangkan dalam sesebuah keluarga yang tidak aman dan sering bergaduh, pastinya anak akan

dapat membuat kesimpulan tertentu. Mereka juga boleh tertekan tanpa disedari oleh ibu bapa.

Justeru, jangan remehkan kemampuan minda anak di zaman ini.

Read more...

Isu Politik Islam

Konfrontasi Amerika & Iran, Di Mana Kesudahannya... PDF Print E-mail

Jika kita meninjau akhbar-akhbar mengenai isu Timur Tengah, mahupun di peringkat global. Kita akan dapati terlalu banyak keadaan dibesar-besarkan oleh media tentang isu 2 buah negara gergasi, Amerika dan Iran. Amerika ingin menyerang Iran disebabkan projek nuklear yang cuba dibangunkan oleh negara pimpinan Presiden popular Iran, Mahmud Ahmadi Nejd. Kerana khabar angin mengenai projek nuklear Iran begitu meluas, maka Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerap didesak oleh Amerika untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Amerika berkali-kali menyifatkan pembangunan nuklear oleh negara Iran itu sebagai haram, ironisnya Israel yang juga memiliki sistem pengkayaan nuklear tidak pula dicop haram oleh Amerika.

Jika tindakan Amerika itu ibarat kerajaan yang berkuasa, Iran pula merupakan ketua pembangkang paling lantang di dunia. Maka, banyaklah persoalan-persoalan timbul berasaskan kesungguhan Bush untuk menyerang negara yang pernah menjadi salah satu wilayah kerajaan Khawarizmiyyah di era Daulah Abbasiyyah itu. Adakah Iran akan mengalami nasib yang sama seperti Iraq? Adakah Amerika berani menyerang Iran? Adakah Amerika mempunyai plan sulit agar Iran ditumbangkan? Atau Bush mendapat wahyu baharu agar Iran diserang untuk misi ketenteraannya? Bagaimanapun, politik Amerika yang begitu hangat dengan isu pemilihan Obama dan Mccain, yang dilihat sebagai tokoh yang bakal menyelesaikan masalah di Timur Tengah selepas ini.

Obama mungkin pilihan dunia kerana beliau berazam mahu membawa pulang tentera Amerika yang beroperasi di Iraq dalam tempoh 16 bulan jika beliau dilantik sebagai presiden. Sebaliknya Mccain dari parti Republikan terus menegaskan bahawa ingin mengekalkan operasi ketenteraan Amerika selama-lamanya di Iraq sehinggalah konflik di Timur tengah itu selesai. Boleh jadi Mccain ingin meneruskan misi Bush yang pernah diiktirafnya sendiri sebagai ‘misi suci’. Dahulu, Bush pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siri-siri serangannya di Iraq dan Afghanistan merupakan ‘misi suci’ yang meletakkannya seolah-olah mewakili ‘kuasa baik’ untuk menentang kuasa jahat;

“Serangan itu adalah misi suci untuk membawa keamanan Asia Barat, keselamatan untuk Israel dan sebuah Negara untuk penduduk Palestine”, kata Bush. [ Israel and The Arabs: Exclusive Peace ]

Setelah Iraq dan Afghanistan, Amerika mula menumpukan ekspedisi jajahannya ke Iran. Banyak faktor mengapa Amerika lebih menumpukan Iran berbanding dengan Korea Utara walaupun General Pyongyang jelas mengakui bahawa Korea bukan sahaja berusaha mengayakan uranium bahkan membangunkan senjata nuklear. Mengapa Iran? Ini bukanlah kali pertama Amerika melakukan serangan dengan tindakan-tindakan provokasi terhadap Iran. Sejak tahun 1998 lagi, Iran telah diancam dengan sekatan ekonomi atas alasan bahawa Negara tersebut cuba membangunkan program nuklear secara haram menurut Bill Clinton.

Rahsia-rahsia Amerika kemudiannya semakin menampakkan kudisnya, kita maklumi di Asia Barat mempunyai lebih banyak kepentingan Amerika berbanding dengan Asia Timur kerana kedudukan sumber minyak yang besar di Teluk Parsi. Inilah matlamat utama, mengapa Amerika mahupun Israel bersungguh-sungguh mahu mendapat keizinan masyarakat dunia agar mereka boleh menyerang Iran. Iran merupakan negara yang mempunyai rizab simpanan minyak dan gas yang terbesar di dunia. Namun, kemungkinan-kemungkinan lain pula akan timbul dalam politik dunia abad ini jika Iran diserang Amerika.

Kemungkinan-kemungkinan ini memaksa segala persoalan di kepala, untuk kita terus sangsi tentang kesungguhan Amerika ke atas Iran yang tentunya merugikan banyak aspek. Kita perhatikan analisis-analisis ini, agar kita mampu berfikir bahawa Amerika sama sekali tidak akan menyerang negara Ahmadi Nejd;

1) Amerika bukanlah terlalu jahil untuk membuka ruang konfrontasi dengan jarak yang terlalu lebar dengan Iran. Amerika tentu akan membersihkan Iraq dari tentera-tenteranya sehingga masalah yang timbul di sana, seolah-olah telah selesai pada anggapan orang ramai dan pemerhati-pemerhati politik dunia. Kerana itu akhbar baru-baru ini melaporkan Amerika melarang Israel untuk menyerang Iran, selagi mana tentera Amerika masih berada di Iraq. Amerika dilihat tidak berkeinginan untuk menyerang Iran disebabkan faktor-faktor kebuntuan ekonomi dan ketidakseimbangan politiknya, sekalipun kem tenteranya di Iraq berupaya menggusarkan Tehran.

Jika dahulu tentera Amerika hanya berada di negara-negara Teluk Parsi khususnya di Kuwait, Qatar dan Arab Saudi. Tetapi kali ini keseluruhan Iraq merupakan ruang bebas bagi tentera Amerika. Ini bermakna, Amerika mempunyai ruang bebas dan terbuka untuk menyerang Iran. Namun, tembelang politik Bush setelah Amerika berada di Iraq cukup merumitkan. Tempoh tentera Amerika di Iraq pula bergantung kepada siapa yang bakal menang pilihan raya Presiden pada Novembar ini. Sama ada presiden yang bakal menerajui politik Iraq itu pro-Israel atau tidak, Amerika telah lama sedar bahawa mereka tidak boleh melihat Iran negara politik yang lemah seperti Iraq untuk ditumbangkan.

2) Jika Amerika menyerang Iran, ia akan merapatkan lagi jurang yang berlaku antara Sunnah dan Syiah. Negara-negara Sunnah tentunya akan menyokong negara Syiah itu, jika mereka diserang Amerika. Kerana dalam peperangan ini Bush akan mewakili Barat, dan secara tidak langsung Ahmadi Nejd mewakili Islam. Perpecahan dua aliran antara Sunni dan Syiah tentunya menguntungkan Israel dan Amerika, sementara perpaduan kedua-dua aliran mazhab Islam ini menjadi impak yang sangat negatif kepada kelangsungan imperialisme Barat di negara-negara Islam.

Siri-siri perpecahan ini dibayangi tragedi di Iraq sebagai satu pertempuran antara Sunnah dan Syiah yang dahsyat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Amerika hanya goyang kaki manakala Sunnah dan Syiah terus bertengkar denga genjatan senjata sesama mereka. Setelah isu pergolakan yang berlaku di Iraq semakin jelas kerana terdapat pengkhianatan ‘orang ketiga’ dan masing-masing tahu kesan buruk yang berlaku terhadap umat Islam (apabila Sunnah dan Syiah di Iraq berkelahi). Ulama-ulama mereka sama ada dari aliran Sunni ataupun Syi’ie mula menegaskan perkara untuk bersatu.

Jika serangan dilakukan tentunya ia bukanlah masa terbaik malah memberikan kesan negatif kepada Amerika. Hal ini bertepatan dengan saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika merasmikan Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) pada 11 Oktober 2003 ; “Ubat untuk negara Islam menghadapi tekanan dan kecaman dari Barat adalah penyatuan dalam kalangan umat Islam. Jika kebanyakan umat Islam yang sering bercakaran berjaya disatukan, tentu sekali kuasa Barat tidak mampu berbuat apa-apa”.

3) Amerika pernah melakukan percubaan militer terhadap Iran ini pada tahun 1980 M dengan tujuan melepaskan tawanan tentera Amerika di sana atas tuduhan menjadi perisik kepada Amerika. Bagaimanapun percubaan Amerika tidak berjaya, malah Amerika pernah mengalami kekalahan teruk di tangan Iran di dalam peristiwa yang berlaku di gurun Tabas. Badai dahsyat tiba-tiba menyerang helikopter milik Amerika sehingga menyebabkan ia saling berlanggar dan akhirnya terbakar. Peristiwa pelik itu menyebabkan ramai prajurit Amerika mati, sementara yang lain melarikan diri dan keluar meninggalkan wilayah Iran.

Peristiwa ini pernah diceritakan semula oleh al Marhum Sheikh Ahmed Deedat, pendakwah yang digeruni missonari Kristian dalam perdebatan umum. Sheikh Ahmad Deedat memberitahu peristiwa di Tabas ketika persidangan Kesatuan Sunni dan Syiah (Sunni-Shia Unity) pada 3 Mac 1982 di Iran , kata Sheikh Ahmed Deedat ;

[ Ingatkah kamu tentang peristiwa Tabas? Peristiwa di mana orang-orang Amerika ingin menyelamatkan tawanan. (Amerika) bangsa paling gagah dengan kepesatan teknologi yang telah berada di puncak kemajuan dunia, suatu bangsa yang dapat mendarat di bulan dan membawanya mereka kembali ke bumi, mereka juga telah menghantar kapal angkasa tanpa pemandu (probe) ke planet Marikh dan Jupiter. Satu bangsa yang memberi amaran kepada Pakistan tentang tragedy ombak air pasang tetapi (orang Pakistan ketika itu) tidak pedulikan. Mereka juga telah memberi tahu kepada Israel mengenai pergerakan Arab pada tahun 1973 tetapi mereka juga tidak mempedulikan amaran itu. Bagaimanapun, bangsa ini tidak dapat mendarat di Iran. Bayangkan mereka menuju ke sana menaiki helicopter tetapi berlaga sesama sendiri. Bayangkan, mereka mampu mendarat di bulan dan dapat kembali semula ke bumi tetapi mereka tidak dapat mendarat ke Iran. Ketiak itu bangsa Iran tiada apa-apa persedian dilakukan mereka untuk menghadapi Amerika ketika itu. Orang Amerika (dengan teknologi canggih) boleh sahaja pergi dan melakukan apa-apa sahaja yang mereka ingini. Saya telah menyaksikan Kedutaan Amerika di Tehran dan kamu akan lihat ia merupakan bangunan yang besar. Mereka dengan senang boleh menyelamatkan orang-orang ini dengan helikopter keluar walau kehilangan sedikit nyawa. Mereka mampu capai matlamat rancangan itu yang sememangnya begitu taktikal. Tetapi kamu tahu apa yang berlaku? Ia sebenarnya gagal sama sekali! Pengunduran mereka gagal. Lalu berita ini dikhabarkan kepada Imam Khomeini tentang apa yang berlaku, lantas beliau tidak menyebut SubhanaLlah (Maha Suci Allah) dan tidak juga menyebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Kamu tahu apa yang beliau katakan? Beliau memetik ayat al Quran (surah al Fiil ayat 1); “Apakah kamu tidak melihat apa yang Tuhanmu buat terhadap pemilik (tentera) bergajah?”, inilah ayat yang terbit daripadanya. Saya katakan beliau ini memang seorang yang Quranik ].

4) Bukan mudah merancang serangan di negara yang benar-benar memiliki kelengkapan nuklear seperti Iran. Amerika sedar bahawa Iran benar-benar mempunyai kekuatan tersebut, bukannya ilusi seperti dakwa-dakwi media tentang projek persenjataan Iraq pada tahun sebelum Saddam digantung. Kerana keupayaan Iran, negara ini pastinya tidak teragak-agak untuk menggunakan nuklear sebagai senjata jika mereka benar-benar diserang. Peluang tersebut pula tentunya akan digunakan Iran untuk menyerang rakan baik Amerika iaitu Zionist-Yahudi yang dianggap sebagai sekutu yang boleh dipercayainya di Asia Barat.

5) Hubungan diplomatik yang mantap. Iran tidaklah seperti Korea Utara atau Iraq yang mempunyai masalah dalam hubungan diplomatic. Iran sebenarnya memiliki kedudukan kukuh dari segi diplomatik khususnya dari Pertubuhan Negara Rantau Teluk (GCC) serta dari Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Semasa tuduhan Amerika mengenai persenjataan nuclear yang berpangkalan di Iran, Iran bersifat terbuka memberikan kerjasama dengan IAEA, Britain, Perancis dan Jerman untuk membuat pemeriksaan di semua loji nuklear milik Tehran. Kerana itu, Iran berani mencabar Amerika bukan dari segi retorik sahaja tetapi secara eksekutif.

Jika Amerika berjaya mengheret Iran ke Majlis Keselamatan PBB sekalipun, Amerika sekali lagi terpaksa berhadapan dengan 2 buah kuasa veto lain seperti China dan Russia yang mempunyai hubungan baik dengan Iran sekarang ini (2008).

Ketika Amerika di bawah pentadbiran Clinton, Amerika pernah meletakkan peraturan sekatan bagi syarikat asing yang melabur di dalam sektor minyak dan gas Iran. Walau bagaimanapun, peraturan tersebut tidak berjaya apabila Britain sendiri membantah cadangan Amerika itu. Ini kerana, terdapat syarikat Britain iaitu Royal Dutch Shell yang terlibat secara besar-besaran dalam pembangunan lembangan minyak dan gas Iran.

6) Sejarah telah membuktikan, kerajaan Safawi (Syiah) tidak memerangi Perancis dan Russia, bahkan bersama Hapsburgs memerangi kerajaan Islam Uthmaniyyah. Begitu juga kerajaan Syiah Iran, tidak memerangi negara komunis seperti Soviet, bahkan merampas kekuatan mujahidin di Afghanistan. Andai kita meneliti kronologi-kronologi sejarah perjuangan Syiah di Iran ini, mereka tidak pernah bersungguh-sungguh untuk memerangi kejahatan seperti Yahudi mahupun Amerika KECUALI apa yang pernah berlaku saudara semazhab mereka di Lubnan iaitu HizbuLlah.

Kebangkitan HizbuLlah begitu mengejutkan negara-negara yang beraliran Sunni, apatah lagi yang beraliran keras dalam mengamati isu ini secara sejagat. Ada yang menyambut baik kemunculan HizbuLlah, tidak kurang juga ada yang meperkecilkan peranan mereka yang bertungkus-lumus membela masyarakat Islam di Lubnan sama ada yang beraliran Sunni mahupun Kristian (non-Muslim). Usaha HizbuLlah ini pernah dipuji oleh Dr.Yusuf al Qardhawi yang sekaligus meleburkan jurang perbezaan antara Sunni dan Syi’ie.

Satu kejutan juga yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al Qardhawi, dalam menjayakan usaha integrasi Sunnah dan Syiah ini beliau telah mengarang 2 buah buku yang berjudul ‘Mabadi’e fi al Hiwar wa Taqrib bayna al Mazahib al Islamiyyah’ dan ‘Kalimaatun Soreehaatun fi at Taqrib bayna al Mazahib aw al Firaq al Islamiyyah. Buku-buku beliau merupakan kesungguhan beliau yang menjawab seluruh golongan anti-ikhtiar, sinis dan skeptis terhadap prakarsa pendekatan Sunni dan Syiah (Syi’ie).

Sekarang bukan masanya kita mengagung-agungkan dan bertengkar tentang apakah negara yang lebih Islamik, adakah Iran atau Arab Saudi? Siapa yang lebih wara’, adakah Ahmadi Nejd atau Sheikh Muhammad Saed at Tantawi? Tidak habis-habisan berpolemik tentang keganjilan aqidah Ibn Taymiyyah dan Khomeini atau masing-masing saling tuduh-menuduh, di sana al Ahbash dan di sini Wahabi! Sebaliknya, umat Islam perlu mencari peluang untuk bersatu sebagaimana formula kesatuan yang dipopularkan as Syahid Imam Hassan al Banna ;

نتعاون فيما اتقفنا ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

[ Kita bersatu di atas perkara-perkara yang dipersetujui dan kita bertolak ansur dalam perkara-perkara yang tidak disepakati ].

Read more...

Isu Negara Islam

Islam & Demokrasi

Sebuah Hadith menyatakan :

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

Mafhum : "Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu dimana muslim

menjumpai kebijaksaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya"

Islam sentiasa berpendirian terbuka dalam setiap pekara-perkara baru, penelitian yang

terperinci akan dilakukan bagi memastikan adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram,

halal, harus atau sebagainya. Antara dalil sokongan yang membuktikan bahawa Islam menuntut

penelitian dan penerimaan dibuat terhadap sesuatu idea baru (sebelum menerima dan

menolaknya), walaupun ia datang dari luar Islam adalah seperti berikut :-

1) Pengakuan dan pengesahan Nabi SAW terhadap anjuran Syaitan kepada Abu Hurairah r.a

agar membaca Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari gangguan Syaitan. Nabi bersabda :

صدقك وهو كذوب ذاك الشيطان

Ertinya : “Ia telah berkata benar, pdahal ia terlalu amat banyak berbohong , itulah Syaitan”

Justeru, dalam masalah sistem pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah

pemerintahan yang sangat meluas kini. Sebarang penerimaan atau penolakkannya mestilah

merujuk kepada intipati system tersebut. Berikut adalah perbincangan ringkas mengenainya:


CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم..( رجل أم قوما وهم له كارهون) - رواه ابن ماجه

Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, …disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya”

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat,

justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah

melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana

konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah

payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

سيد القوم خادمهم

Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum.”

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka

aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka

tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu” [7]

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak

tepakai dalam perkara-perkara thawabit . Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menuru

zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala

perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut

jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru serta

perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati’e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan…” ( Al-An’am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dengan syarat-syarat

tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal

al-‘aqd ’ atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga

dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh

raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini

kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah

swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak

menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak

melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang

halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi

menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur

oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara

dharuriyyat,

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada

murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri,

menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia

tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan

meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau

melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan

sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat,

memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras,

menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama

pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.


Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan

tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri

menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal

antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa

perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak

lagi.

Jelas di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam

terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya.

Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung

jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah

satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam.

Read more...

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP