Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Thursday, November 20, 2008

Mahasiswa tuntut perubahan PMUKM akan datang......


Assalamualaikum.

Pertamanya, Tempur mengucapkan tahniah dan syabas kepada teman-teman yang baru sahaja selesai menghadapi final exam. Moga-moga najitah dari usaha teman-teman mencapai kejayaan.

Kedua, tempur juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada teman-teman, gunakanlah cuti ini untuk meningkatkan daya intelektual sebagai mahasiswa Malaysia dan memantapkan kredibiliti sebagai pemikir dan pengerak masyarakat kelas pertama.

Tempur ingin membawa teman-taman mengimbau kembali suasana UKM yang sentiasa bergolak dek kerana “budak tingkat 6”punya pecaturan peribadi. Isu-isu kebajikan dan keadilan mahasiswa yang cuba dimanipulasikan oleh “budak tingkat 6” ini.

1-Menyekat dan memfitnah aktiviti dan program salah satu persatuan rasmi UKM.
2-Campurtangan dalam pelantikan exco-exco dan AGM persatuan-persatuan fakulti.
3-Menahan dan mengugut sebahagian mahasiswa yang cuba mendedahkan keburukan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP.
4-Cuba menyembunyikan Pembubaran PMUKM,dan melewatkan pembubaran PMUKM.
5-Penyelewengan kewangan Tabung Pelajar UKM

Tempur hanya menyenaraikan sebahagian kecil antara peranan “budak tingkat 6” dalam isu-isu mahasiswa dan UKM. Agenda dan misinya mudah, untuk kepentingan peribadi dan kelangsungan politik sempitnya.

Teman-teman harus menyedari bahawa peranan kita sebagai mahasiswa sebagai golongan “pressure group” hal berkaitan kepentingan dan kebajikan kita dalam universiti,seterusnya cuba menjadi pemerhati dan pengkritik yang positif terhadap dasar-dasar universiti yang dirasakan tidak rasional dan relevan dengan tuntutan kita sebagai mahasiswa, seperti Akta AUKU, Peraturan Kediaman Kolej dan sebagainya yang difikirkan cuba memperlekehkan dan memperbodohkan mahasiswa.

Tempur, secara peribadi merasa kecewa dengan sikap dan peranan mahasiswa UKM yang kurang cakna dengan hal berkaitan semasa di UKM. Harus kita sedari bahawa, peranan yang dimainkan oleh PMUKM Pro Aspirasi yang kita pilih dalam PRK lepas gagal mengalas tanggungjawab sebaik mungkin dalam memperjuangankan kebajikan mahasiswa. Tetapi bila Tempur katakan PMUKM Pro Aspirasi adalah hamba dan pak turut HEP sahaja, ramai yang marah dan tidak setuju dengan pandanagan Tempur, tapi ini realiti yang Tempur ingin nyatakan, contohnya

1- Isu yuran kolej yang mahal dan tidak kompetitif
2- Fasiliti dan prasarana universiti yang lemah.spt Bus Transpot, bus Stop,sbgnya
3- Sistem wireless yang tidak menyeluruh di kediaman-kediaman kolej.
4- Harga makanan yang tinggi di café-café kolej dan fakulti.

Namun Tempur dukacita , Isu-isu diatas tidak di ambil perhatian oleh PMUKM Pro Aspirasi dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti. Adakah PRK hanya retorik HEP dalam mengamalkan sistem demokrasi di universiti? Hanyakah MPP Pro Aspirasi sahaja yang layak menjawat profolio PMUKM? PMUKM hanya boneka HEP?
Inilah persoalan Tempur lontarkan kepada teman-teman dalam PRK akan datang. Adakah kita masih lagi merelakan PMUKM Pro Aspirasi menjadi pemimpin kita, sedangkan kita sedia maklum “track record” PMUKM Pro Aspirasi gagal dan mengecewakan kita dalam memperjuangan kebajikan dan kepentingan mahasiswa.

Tempur merasakan perlunya ada perubahan tampuk kepimpinan PMUKM dari tangan Pro Aspirasi kepada golongan yang mampu dan bersedia mengalas amanah bagi memperjuangkan nasib dan membela hak-hak mahasiswa UKM khasnya.

Tempur juga bercita-cita melihat kepimpinan PMUKM akan datang mampu mendepani isu-isu semasa kampus dan negara, kematangan dalam menyatakan pandangan dan kritikan membina dalam membawa idealisme mahasiswa di persada antarabangsa. Kepimpinan sebeginilah yang mampu melahirkan dan mewujudkan suasana kondusif dan kompeten terhadap masyarakat dan negara.

Diakhir artikel Tempur ini, Tempur ingin mengingatkan kepada teman-teman bahawa bahayanya percaturan dan peranan “budak tinkat 6” di UKM. Tempur juga menyeru kepada teman-teman agar berfikir sematang-matangnya dalam kita menghadapi PRK akan datang, untuk kita memilih kepimpinan baru PMUKM. Kita sudah serik dengan corak kepimpinan PMUKM Pro Aspirasi.yang gagal dalam pentadbirannya.

Read more...

Wednesday, November 12, 2008

“Ex-Gratia” Zaid Vs Nazri









Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau kesal dan dukacita kerana tidak dapat mengotakan janji kepada bekas hakim-hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 untuk tidak mendedahkan jumlah saguhati yang dibayar oleh kerajaan kepada mereka awal tahun ini.



Tempur melihat,apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim selaku (mantan) menteri yang bertanggunggung jawab dalam hal ehwal kehakiman dan perdana menteri telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah yang dibayar kepada hakim-hakim berkenaan atas permintaan hakim-hakim berkenaan yang dianggapnya sebagai wajar.“Hakim-hakim berkenaan tidak pernah meminta wang ini dan tidak mahu wujud polemik pada kemudian hari dan tidak mahu mengalihkan hasrat murni ini jika perkara in ini dedahkan.




Akhirnya Zaid di tikam dari belakang oleh Nazri Aziz, apabila, minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim berkenan. Kenyatan ini amat mendukacitakan Zaid yang cuba berpengang dengan janjinya kepada Perdana Menteri dan Hakim-hakim terlibat untuk tidak mendedahkan bayaran Ex-Gratia itu.



Tempur ingin mengimbas kembali episod dalam tahun 1988 sudah jelas kepada ramai rakyat Malaysia dan dunia. Ketua Hakim Negara kita dan dua hakim kanan Mahkamah Agung telah dipecat. Tiga orang hakim kanan yang lain telah digantung kerja tetapi kemudiannya dilepaskan. Hakim-hakim berkenaan bukan sahaja telah mengalami dan menanggung kerugian kewangan bahkan telah turut menanggung pernghinaan dan malu keana mereka dipecat.


Tetapi statment Nazri Aziz di dalam Parlimen, yang menyatakan bahawa Hakim-hakim ini bersara awal bukan kerana dipecat ada satu penipuan besar, Adakah Nazri Azizi buta sejarah? Ataupun Nazri Aziz cuba memperbodohkan MP yang hadir. Tun Mahatir dengan lantang menyanggah kenyataan Nazri Aziz dan mengatakan Nazri telah berbohong.Inilah sikap Menteri Umno yang takut kepada keadilan dan kebenaraan, tambah Zaid Ibrahim.


Sukar untuk memahami bagaimana saat-saat gelap dan mendukacitakan dalam sejarah Malaysia kenyataan yang dihalusi oleh menteri undang-undang sekarang apabila beliau mengatakan bahawa hakim- hakim berkenaan telah diminta bersara awal dan tidak dipecat. Betapa orang yang berkuasa boleh memandang remeh soal ini? Terdapat cukup isu dewasa ini untuk kita mempolitikkannya tanpa memutar-belit kebenaran pemecatan hakim-hakim berkenaan pada tahun 1988.Tempur amat kecewa dengan intergriti Menteri-menteri Malaysia sekarang,


Zaid sekarang sudah insaf, tetapi Nazri dengan bongkak menuduh Zaid telah membutakan isu ex-gratia ini, seolah-oleh wujud konspirasi Zaid dengan mantan hakim-hakim yang dipecat.Inilah pertembungan menteri dalam Umno yang sesama sendiri tikam menikam. Hal ini juga berlaku kepada Perdana Menteri sekarang yang sedang sarat bertarung dengan bakal Perdana Menteri baru bagi menjatuhkan maruah dan kredibiliti bakal mengantikan tempatnya, dengan mepergunakan "budak tingkat 4". Tidak hairanlah Umno sekarang diambang kemusnahan.


Tempur bersimpati dengan Zaid Ibrahim yang selama ini telah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya kerajaan membayar ex-gratia kepada mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab, sebagai suatu pampasan kerana keterlanjuran Kerajaan pada tahun 1988. Ia juga menjadi suatu isyarat bahawa Kerajaan sekarang menyokong integriti dan kebebasan institusi yang dihormati yakni badan kehakiman. Ini juga merupakan kemahuan Perdana Menteri supaya kita memperlihatkan ihsan dan ketinggian hati budi kepada hakim-hakim ini tetapi malangnya Zaid ditemplak dengan dahsyat oleh Nazri Aziz dengan mendedahkan bayaran ex-gratia ini kepada umum. Bertapa hancurnya hasrat murni Zaid Ibrahim kepada rakyat Malaysia, yang cuba mengembalikan integerti dan kepecayaan rakyat kepada Kerajaan sekarang.


Zaid dengan nada sedih dan kecewa kerana saya tidak dapat mengotakan janji saya kepada hakim-hakim ini. Adakah ini bermakna bahawa kata-kata yang lahir dari bibir menteri kerajaan tidak lagi boleh dipandang serius?dan adakah ini satu kebiadaban seorang menteri yang bernama Nazri Aziz kepada Institusi Kehakiman?


Tempur harap kenyataan dan sindiran menteri-menteri Umno yang masih seronok menyelar hakim-hakim berkenaan, sama ada secara langsung atau melalui kata-kata mereka yang mempersenda, menyindir dan mencemuh, yang sememangnya sudah menjadi ‘trademark’ Nazri Aziz, tidak akan mengganggu dan menguris hati hakim-hakim yang telah menerima bayaran berkenaan. Rakyat negara ini sentiasa ingat akan khidmat dan keberanian anda. Anda telah selama ini menjadi inspirasi kepada sesetengah hakim Mahkamah Tinggi kita yang akhir-akhir ini telah memperlihatkan bahawa semangat kebebasan untuk menegakkan keadilan masih hidup dan subur.


Tempur mengucapkan takziah kepada Zaid Ibrahim di atas keberanian beliau untuk mengembalikan keadilan dalam sistem Kehakiman, waluapun Nazri sentiasa membayanginya dan berhasrat untuk membunuh hasrat murni beliau.

Read more...

Saturday, November 8, 2008

Aspirasi Lesapkan RM???? UKM...



Assalamualaikum..

Aduhhh, Tempur dikejutkan dari tidur dengan maklumat terkini tentang puak-puak haluan mana entah,yang telah melesapkan duit tabung pelajar UKM yang sejumlah RM10K...Betul k? ini yang buat tempur tidak sedap badan dengan maklumat ini. Maklumat ini Tempur perolehi dari informer Tempur di Pejabat Bendahari yang baru-baru ini telah mengadakan meeting tergemparberkaitan kewangan yang juga dipanggil dalam meeting itu TNC HEP. Apa kaitan TNC HEP? Sudah seminggu Tempur menyiasat berita ini, walaupun Tempur tengah exam. Atas kesedaran sivik Tempur usahakan juga mencari kebenaranya.

Tempur bukan suka sangat dengar khabar aingin atau maklumat tanpa bukti nei, walaupun informer Tempur tidak pernah memberi maklumat palsu kepada Tempur. Dalam tempoh seminggu nei Tempur sudah mendapat kepastian tentang berita ini. Apa yang memeranjatkan Tempur berita ini benar dan tepat Yang malangnya lagi pekara ini dilakukan oleh pelajar yang mendapat amanah dari HEP. Aduhhh,, apa sudah jadi dengan sistem pentadbiran HEP ini, ketirisan dan penyelewengan RM10k tidak dapat dikesan.

Maklumat terkini, Puak-puak yang melesapkan RM10k ini adalah golongan yang sedang mewakili pimpinan PMUKM!!!! informer Tempur kata, bukan semua dalam puak-puak itu, tapi yang master mind dalam puak-puak itu.Tempur risau la, baru bergelar mahasiswa sudah berani melesapkan duit sejumlah itu yang canggihnya secara berkumpulan pula itu, pening Tempur fikirkan masa depan negara, jika puak-puak ini mentadbir Malaysia.

Tempur dengar dari mulut pegawai kanan HEP, bahawa duit RM10k ini digelapkan oleh budak-budak yang rapat dengan TNC HEP, betul k? ke TNC HEP bersekonggol sekali dalam kes ini? apa sudah jadi nei dengan UKM,haru biru dibuatnya, RM10k ini khabarnya dibelanjakan oleh seorang master mind puak-puak ini dengan memiliki kereta Proton Saga secondhand warna biru gelap,nombor pendaftaran WCM 25??.alahai mahasiswa UKM, duit tabung teman-taman dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sedih Tempur dengar.

Tempur borak-borak dengan seorang matan Aspirasi kelmarin,beliau secara jujur mengakui memang berlaku penyelewengan dan isu melesapkan duit tabung pelajar UKM. Tambah beliau ini baru satu kes yang Tempur dedahkan, sedangkan sudah banyak kes-kes ini berlaku, jawab Matan Aspirasi dengan gelak ketawa. Tempur merasakan masalah ini sudah berlaku hampir 5tahun semenjak PRK dimenangi oleh puak-puak yang suka mengampu HEP. alahaii, nasib UKM dibawah pimpinan yang kaki ampu nei..

So, Tempur rasa perlu ada tindakan pihak berkuasa untuk memastikan kes ini di siasat dengan segera, Khabarnya NC telah mengarahkan BPR untuk menyiasat kes ini, kita serahkan kes ini kepada mereka untuk menyelesiakan, cuma harapan Tempur agar kes ini dapat disiasat secara bersih tanpa ada wujud sentimen politik.

Read more...

Friday, November 7, 2008

Tahniah Ustaz Syakirin Husin....


Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Syakirin dan Ustazah Azieati yang selamat di ijab kabulkan petang tadi di Masjid Taman Teknologi Kajang. Saya mengharapkan hubungan kalian kekal selamanya hingga ke anak cucu. Saya amat gembira pada hari ini, kerana dapat menyaksikan detik bahagia naqib saya melafazkan akad nikahnya. selaku anak usrah, Ustaz Syakirin telah banyak mencurahkan ilmu mahupun idea dalam saya mengharungi alam mahasiswa yang penuh mehnah dan tribulasi. Setinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Syakirin.

Moga-moga Allah sentiasa meletakkan istiqomah dalam pejuangan ustaz untuk menegakan Islam Untuk Semua. Kepada Ustazah Azeati, selamat mengharungi alam rumahtannga bersama Naqib saya, jaga dia baik-baik...

Saya juga mewakili seluruh mahasiswa/i Fakulti pengajian Islam mengucapkan Tahniah kepada Ustaz Syakirin dan isteri tercinta Ustazah Azieati di atas perkahwinan ini. Moga dirahmati dan di berkati Allah.

Read more...

Thursday, November 6, 2008

Barack Obama Ohhhh Barack Obama...



Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika adalah satu mirip kejayaan perubahan yang sama seperti rakyat Malaysia yang inginkan.

Tempur melihat kemenangan Obama itu merentasi kaum, generasi dan agama seperti mana kejayaan yang baru dilakar dan dicorakan dalam iklim perubahan politik di Malaysia dalam PRU12 Mac yang lalu.


Tempur melihat, sokongan yang diterima bakal Presiden Amerika ini merentasi batas kaum, agama dan generasi, malah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada bulan Mac lalu apabila rakyat Malaysia memilih untuk menolak satu sistem pemerintahan yang masih terikat dengan polisi penindasan dan kezaliman.


Barack Obama dari Parti Demokrat mencipta sejarah apabila beliau orang kulit hitam yang pertama memenangi pilihanraya Presiden negara berkenaan dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.


Obama, mengalahkan calon lawan dari Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakan beliau menduduki kerusi di White House.McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.


Tempur turut berharap agar Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama akan memperlihatkan kepimpinannya berhubung isu-isu kemanusiaan berbanding pentadbiran lepas yang gagal untuk berbuat demikian.


Bagi Tempur, pentadbiran baru Barack Obama, hubungan dan dialog di antara negara-negara Muslim dan Amerika Syarikat mempunyai harapan yang lebih cerah. Isu-isu di Timur Tengah sememangnya memerlukan komitmen terhadap diplomasi yang konsisten, bersedia melakukan perubahan serta transfomasi dalam hubungan dunia sejagat.Walaupun Tempur perhatikan, Obama hanya bermula dengan satu harapan yang hampir mustahil akan tetapi diatas keberanian, kini ianya sudah menjadi kenyataan.


Tempur kagum dengan hasrat Presiden Baru AS ini untuk memulakan halatuju baru hubungan di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia.Kemenangan besar Obama memberi satu contoh teladan kepada rakyat Malaysia bahawa politik berasaskan perkauman dan politik sempit sudah lapuk dan tidak lagi relevan.


Jesteru, Tempur menyeru kepada seluruh teman-teman mahasiswa/i bangun dan bangkit untuk membuat perubahan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang, kita wujudkan “Harapan Baru Mahasiswa” di bumi yang tercinta ini.Tranfomasi politik di US serta perubahan iklim politik di Malaysia perlu di jadikan parameter untuk kita mengorak langkah bagi menjayakan satu misi baru di UKM ini, kita kembalikan kegemilanagan pemimpin mahasiswa/I di era-90an.Untuk membuktikan bahawa mahasiswa tidak lesu dan mandul dek kerana cengkaman AUKU.

Read more...

Tuesday, November 4, 2008

Berita Panas dari TEMPUR

Assalamualaikum

Baru-baru nei Tempur dapat maklum bahawa PMUKM sudah bubar, Betul ke?..Tapi maklumat yang Tempur dapat mengesahkan kebenaran maklumat itu. Lama juga Tempur tunggu pembubaran PMUKM nei. Antara paling lewat dikalangan IPTA lembah klang, kenapa er?..itu persoalan yang Tempur hari-hari fikirkan.sampai sekarang tiada jawapan.

Maklumat terbaru Tempur dapat, menyatakan tiada notis tampalan dekat bilik gerakan PMUKM akan pemberitahuan tentang pembubaran nei, kenapa er? nei lagi persoalan yang memeningkan otak Tempur. Kenapa pihak pentadbiran seolah-olah merahsiakan pekara ini? adakah untuk memberi ruang yang luas kepada mahasiswa fokus dalam exam jer??.. kenapa sebelum nei pekara macam nie tidak berlaku yer? Tempur nampak macam ada masalah jer dalam tempoh-tempoh gennting nei, ke nei Suprise TNC HEP sebelum beliau bersara wajib dari UKM nei?? Pening Tempur pikirkan pekara nei. Sampai terbawa-bawa ke dalam asei exam Tempur.

Tempur dapat maklumat terkini, yang menyatakan notis pembubaran PMUKM di edarkan di semua Fakulti? betul ke? Tempur tidak nampak pun dekat Fakulti Tempur perkeliling pembubaran PMUKM. Pelik bin Ajaib? ke ada tangan ganas yang membuangnya? ke ada "budak tingkat 6"yang mencaturkan tentang pembubaran PMUKM nei? hairan Tempur tengok pengurusan UKM nei. kata ada ISO 2009, tapi notis macam itu pun tidak boleh di uruskan dengan baik, sebab itu, UKM tidak dapat Universiti APEX kot..

Mahasiswa/i sekalian, Tempur nak maklumkan kepada semua, bahawa ada tangan-tangan kotor yang hendak memperbodohkan teman-teman semua, macam ,mana kes pembubaran PMUKM.
Tempur cadangankan kepada mahasiswa/i UKM sudah tiba masanya teman-teman semua membuat perubahan dalam UKM nei, kita perlu mencetuskan "Harapan Baru Mahasiswa".Tempur sudah muak la dengan sikap yang ditunjukan oleh "budak tingkat 6" nei, pempergunakan mahasiswa untuk agenda peribadi dan kepentingan politiknya. Ayuh teman-teman budiman sekalian,Semester depan kita buktikan kuasa mahasiswa/i dalam memulihkan kembali reputasi UKM dan PMUKM yang sudah 5 tahun kelemasan dek sikap dan perangai yang cuba memperbodohkan mahasiswa/i UKM.

Exam-exam juga teman-teman, tetapi current issue kena alert juga, sebab kita yang peneraju PMUKM akan datang...





Read more...

Sunday, November 2, 2008

Budaya "A" dalam sistem pendidikan di Malaysia

Budaya pelajaran di Malaysia perlu dikaji semula oleh kerajaan sekarang bagi memastikan bahawa sistem pendidikan kita mempunyai nilai dan target dalam melahirkan tenaga kerja yang proaktif dan inovatif. Pekara ini Tempur melihat bahawa budaya pelajaran yang hanya menumpukan "A" dalam peperiksaan mengakibatkan banya memberi kesan negatif kepada pembangunan modal insan, tidak dinafikan bahawa pencapaian cermelang perlu diukur dengan nilai "A", "B" dan sebagainya. Tetapi Tempur melihat akan lagi pentingnya pencapaian menbangunkan manusia dengan pembentukan seiringan antara rohani dan jasmani.

Sehubungan dengan itu, Tempur mengharap kementerian yang sepatutnya mengkaji semula dasar pelajaran dan pendidikan yang menilai pencapaian pelajar berdasarkan peperiksaan . Hal ini kerana penilaian peperiksaan tidak lagi suibtable kerana telah terbukti akan kualiti pelajar semakin merosot dan tambahan pula masalah sosial dan kes juvana yang melibatkan pelajar semakin membimbangankan.

Rentetan dari sistem ini, diamalkan di peringkat rendah lagi, trend "A" telah menular ke peringkat Universiti, mahasiswa akan mengharapkan agar pengsyarah mereka memyuap mereka dengan tips-tips untuk mendapat "A". hal ini mendukacitakan kita, kerana mahasiswa adalah satu golongan yang akan menentukan masa depan negara, namun dengan doktrin sistem pendidikan yang ada sekarang seolah-olah mahasiswa telah lupa akan peranan mereka untuk pembangunan negara dan masyarakat khususnya.

Oleh itu, Tempur merayu agar pihak kerajaan memandang serius akan pandangan Tempur ini, dan mengorak langkah untuk mengkaji dasar sedia ada sekarang tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kepentingan pribadi mahupun politik sempit.

Read more...

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP