Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Thursday, November 20, 2008

Mahasiswa tuntut perubahan PMUKM akan datang......


Assalamualaikum.

Pertamanya, Tempur mengucapkan tahniah dan syabas kepada teman-teman yang baru sahaja selesai menghadapi final exam. Moga-moga najitah dari usaha teman-teman mencapai kejayaan.

Kedua, tempur juga ingin mengucapkan selamat bercuti kepada teman-teman, gunakanlah cuti ini untuk meningkatkan daya intelektual sebagai mahasiswa Malaysia dan memantapkan kredibiliti sebagai pemikir dan pengerak masyarakat kelas pertama.

Tempur ingin membawa teman-taman mengimbau kembali suasana UKM yang sentiasa bergolak dek kerana “budak tingkat 6”punya pecaturan peribadi. Isu-isu kebajikan dan keadilan mahasiswa yang cuba dimanipulasikan oleh “budak tingkat 6” ini.

1-Menyekat dan memfitnah aktiviti dan program salah satu persatuan rasmi UKM.
2-Campurtangan dalam pelantikan exco-exco dan AGM persatuan-persatuan fakulti.
3-Menahan dan mengugut sebahagian mahasiswa yang cuba mendedahkan keburukan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP.
4-Cuba menyembunyikan Pembubaran PMUKM,dan melewatkan pembubaran PMUKM.
5-Penyelewengan kewangan Tabung Pelajar UKM

Tempur hanya menyenaraikan sebahagian kecil antara peranan “budak tingkat 6” dalam isu-isu mahasiswa dan UKM. Agenda dan misinya mudah, untuk kepentingan peribadi dan kelangsungan politik sempitnya.

Teman-teman harus menyedari bahawa peranan kita sebagai mahasiswa sebagai golongan “pressure group” hal berkaitan kepentingan dan kebajikan kita dalam universiti,seterusnya cuba menjadi pemerhati dan pengkritik yang positif terhadap dasar-dasar universiti yang dirasakan tidak rasional dan relevan dengan tuntutan kita sebagai mahasiswa, seperti Akta AUKU, Peraturan Kediaman Kolej dan sebagainya yang difikirkan cuba memperlekehkan dan memperbodohkan mahasiswa.

Tempur, secara peribadi merasa kecewa dengan sikap dan peranan mahasiswa UKM yang kurang cakna dengan hal berkaitan semasa di UKM. Harus kita sedari bahawa, peranan yang dimainkan oleh PMUKM Pro Aspirasi yang kita pilih dalam PRK lepas gagal mengalas tanggungjawab sebaik mungkin dalam memperjuangankan kebajikan mahasiswa. Tetapi bila Tempur katakan PMUKM Pro Aspirasi adalah hamba dan pak turut HEP sahaja, ramai yang marah dan tidak setuju dengan pandanagan Tempur, tapi ini realiti yang Tempur ingin nyatakan, contohnya

1- Isu yuran kolej yang mahal dan tidak kompetitif
2- Fasiliti dan prasarana universiti yang lemah.spt Bus Transpot, bus Stop,sbgnya
3- Sistem wireless yang tidak menyeluruh di kediaman-kediaman kolej.
4- Harga makanan yang tinggi di café-café kolej dan fakulti.

Namun Tempur dukacita , Isu-isu diatas tidak di ambil perhatian oleh PMUKM Pro Aspirasi dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti. Adakah PRK hanya retorik HEP dalam mengamalkan sistem demokrasi di universiti? Hanyakah MPP Pro Aspirasi sahaja yang layak menjawat profolio PMUKM? PMUKM hanya boneka HEP?
Inilah persoalan Tempur lontarkan kepada teman-teman dalam PRK akan datang. Adakah kita masih lagi merelakan PMUKM Pro Aspirasi menjadi pemimpin kita, sedangkan kita sedia maklum “track record” PMUKM Pro Aspirasi gagal dan mengecewakan kita dalam memperjuangan kebajikan dan kepentingan mahasiswa.

Tempur merasakan perlunya ada perubahan tampuk kepimpinan PMUKM dari tangan Pro Aspirasi kepada golongan yang mampu dan bersedia mengalas amanah bagi memperjuangkan nasib dan membela hak-hak mahasiswa UKM khasnya.

Tempur juga bercita-cita melihat kepimpinan PMUKM akan datang mampu mendepani isu-isu semasa kampus dan negara, kematangan dalam menyatakan pandangan dan kritikan membina dalam membawa idealisme mahasiswa di persada antarabangsa. Kepimpinan sebeginilah yang mampu melahirkan dan mewujudkan suasana kondusif dan kompeten terhadap masyarakat dan negara.

Diakhir artikel Tempur ini, Tempur ingin mengingatkan kepada teman-teman bahawa bahayanya percaturan dan peranan “budak tinkat 6” di UKM. Tempur juga menyeru kepada teman-teman agar berfikir sematang-matangnya dalam kita menghadapi PRK akan datang, untuk kita memilih kepimpinan baru PMUKM. Kita sudah serik dengan corak kepimpinan PMUKM Pro Aspirasi.yang gagal dalam pentadbirannya.

0 comments:

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP