Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Thursday, November 6, 2008

Barack Obama Ohhhh Barack Obama...



Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika adalah satu mirip kejayaan perubahan yang sama seperti rakyat Malaysia yang inginkan.

Tempur melihat kemenangan Obama itu merentasi kaum, generasi dan agama seperti mana kejayaan yang baru dilakar dan dicorakan dalam iklim perubahan politik di Malaysia dalam PRU12 Mac yang lalu.


Tempur melihat, sokongan yang diterima bakal Presiden Amerika ini merentasi batas kaum, agama dan generasi, malah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada bulan Mac lalu apabila rakyat Malaysia memilih untuk menolak satu sistem pemerintahan yang masih terikat dengan polisi penindasan dan kezaliman.


Barack Obama dari Parti Demokrat mencipta sejarah apabila beliau orang kulit hitam yang pertama memenangi pilihanraya Presiden negara berkenaan dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.


Obama, mengalahkan calon lawan dari Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakan beliau menduduki kerusi di White House.McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.


Tempur turut berharap agar Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama akan memperlihatkan kepimpinannya berhubung isu-isu kemanusiaan berbanding pentadbiran lepas yang gagal untuk berbuat demikian.


Bagi Tempur, pentadbiran baru Barack Obama, hubungan dan dialog di antara negara-negara Muslim dan Amerika Syarikat mempunyai harapan yang lebih cerah. Isu-isu di Timur Tengah sememangnya memerlukan komitmen terhadap diplomasi yang konsisten, bersedia melakukan perubahan serta transfomasi dalam hubungan dunia sejagat.Walaupun Tempur perhatikan, Obama hanya bermula dengan satu harapan yang hampir mustahil akan tetapi diatas keberanian, kini ianya sudah menjadi kenyataan.


Tempur kagum dengan hasrat Presiden Baru AS ini untuk memulakan halatuju baru hubungan di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia.Kemenangan besar Obama memberi satu contoh teladan kepada rakyat Malaysia bahawa politik berasaskan perkauman dan politik sempit sudah lapuk dan tidak lagi relevan.


Jesteru, Tempur menyeru kepada seluruh teman-teman mahasiswa/i bangun dan bangkit untuk membuat perubahan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang, kita wujudkan “Harapan Baru Mahasiswa” di bumi yang tercinta ini.Tranfomasi politik di US serta perubahan iklim politik di Malaysia perlu di jadikan parameter untuk kita mengorak langkah bagi menjayakan satu misi baru di UKM ini, kita kembalikan kegemilanagan pemimpin mahasiswa/I di era-90an.Untuk membuktikan bahawa mahasiswa tidak lesu dan mandul dek kerana cengkaman AUKU.

0 comments:

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP