Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Wednesday, October 22, 2008

Isu Pembinaan Keluarga Islam

Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.

Sesebuah masyarakat itu pula akan menjadi baik dan dipandang baik hanya bila ia berlandaskan kepada satu sistem hidup yang haq, iaitu Islam, di mana pengabdian hanya kepada Allah sahaja dan tidak kepada sesama manusia atau apa apa sesuatu selain daripada Nya.

Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Melalui institusi ini jugalah generasi muda dibentuk untuk mendukung aspirasi aspirasi yang diredai dan yang dikehendaki. Suasana ini akan wujud di dalam sebuah keluarga dalam masyarakat Islam kerana pertalian antara ahli keluarga dan segala perlakuan mereka adalah berdasarkan iman dan taqwa kepada Allah semata mata. Di samping itu terdapat hak hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga yang diatur dengan begitu saksama dan 'adil oleh Islam. Keadaan tidak sihat seperti adanya perasaan dengki dan dendam, tidak puas hati atau mementingkan diri sendiri tidak mendapat tempat di dalam sebuah keluarga Islam. Malah apa yang timbul adalah perasaan kerjasama dan perpaduan antara ahli ahli keluarga.

Fungsi keluarga ini amat penting difahami oleh setiap muslim dan muslimah. la adalah suatu perkara yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan yang teliti demi untuk melahirkan umat yang dapat menjalankan tugasnya. sebagai umat pilihan, yang berusaha secara berterusan untuk membawa sinar kebenaran kepada seluruh dunia.

Fungsi Institusi Keluarga menurut Al Qur'an dan Al Sunnah

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Dalil dalil daripada al Qur'an dan al Sunnah menegaskan bahawa tujuan dan fungsi institusi keluarga adalah seperti berikut:

Pengekalan dan Penerusan Umat Manusia

Pengekalan kehidupan manusia dan kebudayaan, penerusan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini bergantung kepada berkesannya jentera yang menjamin pembiakan umat manusia. Segala sesuatu yang berkaitan dengan proses pembiakan memerlukan kepada wujudnya satu struktur yang stabil yang dapat menjamin proses tersebut berjalan dengan baik. Oleh itu perempuan, laki laki dan anak anak memerlukan satu institusi yang tetap dan berkekalan untuk memenuhi tujuan ini. Menurut al Qur'an, institusi keluarga adalah sistem yang dapat mengendalikan hal ini. Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

"Isteri isteri kamu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam mu sebagaimana saja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

Perlindungan Akhlaq dan Tatasusila

Kecenderungan untuk melakukan hubungan jenia adalah merupakan sesuatu yang tabi'i dalam diri manusia. Kecenderungan yang tidak dikawal akan membawa kepada kerosakan akhlaq dan tatasusila. Pengabaian sepenuhnya terhadap kecenderungan ini pula merupakan penentangan terhadap tabi'at semula jadi manusia. Islam menetapkan pengendalian yang baik demi menjamin kesucian masyarakat.

Islam melarang hubungan jenia di luar nikah. Tetapi Islam menggalakkan perkahwinan agar laki laki dan perempuan dapat memenuhi kecenderungan kecenderungan tabi'i mereka dengan sebaik baiknya. Islam menetapkan perkahwinan agar laki laki dan perempuan dapat meni'mati hidup berkeluarga di samping sama sama bertanggungjawab dalam mengukuhkan keluarga tersebut.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Kerana itu kahwinilah mereka dengan setzin tuannya, dan berilah maskahwin menurut yang patut, sedang mereka pun wanita wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki laki lain sebagai piaraan." (A1 Nisa': 25)

"(Dan dihalalkan mengahwini) wanita wanita yang menjaga kehormatannya di antara wanita wanita yang beriman dan wanita wanita yang menjaga kehormatan di antara ahli Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskahwin mereka dengan maksud untuk mengahwini mereka, tidak dengan maksud untuk berzina dan tidak pula menjadikan wanita wanita simpanan" (Al Ma'idah: 5)

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab ia dapat menundukkan padangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Bukhari)

Kestabilan Hubungan Kerohanian, Kebaikan dan Kasih Sayang

Hubungan antara ahli ahli dalam keluarga, khususnya dalam hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan fizikal semata mata. Keluarga di dalam Islam rnerupakan pusat yang mengembangkan kasih sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan, percaya mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman dan semua ini berlandaskan kepada kekuatan kekuatan rohaniyah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dyadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." (Al Rum: 21)

".. mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka." (Al Baqarah: 187)

Proses Pembentukan dan Pembinaan Nilai

Fungsi pembiakan manusia tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.

0 comments:

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP