Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Wednesday, October 22, 2008

Isu Penghayatan Islam

Bulan Ramahdan Al-Karim


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
“Ramadhan kareem”

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”
(Al-Baqarah: 183)

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadhan 1429H, bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan al-mubarak dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Begitu juga mahasiswa dan mahasiswi UKM. Peluang seperti ini belum pasti dapat dinikmati lagi selepas ini. Jika dipanjangkan umur kita atau ‘bonus’ pasti kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.

Bulan ramadhan bukanlah bulan untuk berpuasa semata-mata bahkan labih dari itu, bulan ramadhan merupakan bulan tarbiah terbaik yang dianugerahkan kepada kita, kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan diri dan mengukuhkan kekuatan iman disamping mencantikkan akhlak dan peribadi.

Mahasiswa/i yang dirahmati Allah,
Disamping kita menahan diri daripada makan dan minum, kita juga diwajibkan menahan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang boleh mendefisitkan pahala puasa kita. Menjauhkan perkara-perkara makruh dan syubhah serta memperbanyakkan perkara-perkara sunat yang boleh memaksimumkan pahala puasa kita.

Sebelum kita lupa, bulan ramadhan inilah diturunkan kepada kita suatu peraturan atau buku panduan untuk seluruh umat manusia. Seperti yang disebutkan didalam firman Allah :

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)."
(maksud al Baqarah: 185)

Al-Quran al-Karim yang diturunkan mengandungi pelbagai hikmah yang tidak dimanfaatkan oleh kebanyakan manusia. Kita mungkin hanya tahu membaca tanpa mengambil pengajaran daripadanya. Lebih malang lagi kita mungkin hanya menyelak helaian-helaian al-Quran di bulan atau hari tertentu sahaja. Bahkan lebih berat dan dahsyat ada di kalangan kita yang langsung tidak tahu membaca dan mengenal huruf-huruf al-quran. Didalam kitab suci ini terlalu banyak ilmu dan pengajarannya. Ada yang wajib, sunat, haram dan sebagainya. Jangan kita sekadar membaca, memahami tetapi tidak melaksanakan apa yang diperuntukkan kepada kita.

Menyentuh kembali bulan penuh keberkatan, ramadhan al-mubarak, pesanan untuk diri saya dan mahasiswa-dan mahasiswi seluruhnya, gunakanlah anugerah ramadhan ini untuk memperbaiki diri, perbanyakkanlah amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, bertarawikh, bersedekah dan sebagainya. Peliharalah lidah kita daripada bercakap perkara yang sia-sia. Jauhi pandangan mata daripada pemandangan yang memerangkap kita. Tentukan hala tuju pendengran kita kearah bunyi-bunyian yang berfaedah dan memberi keuntungan kepada iman kita. Usahakanlah agar ramadhan kali ini menjadi ramadhan terbaik dalam hidup kita. Hayati dengan penuh keinsafan dan keimanan. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan hambaNya yang bertaqwa.

0 comments:

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP