Mahasiswa Memacu Kebangkitan Ummah

Friday, October 24, 2008

Isu Pembinan Keluarga Islam

Keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.

Sesebuah masyarakat itu pula akan menjadi baik dan dipandang baik hanya bila ia berlandaskan kepada satu sistem hidup yang haq, iaitu Islam, di mana pengabdian hanya kepada Allah sahaja dan tidak kepada sesama manusia atau apa apa sesuatu selain daripada Nya.

Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam adalah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Melalui institusi ini generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya. Melalui institusi ini jugalah generasi muda dibentuk untuk mendukung aspirasi aspirasi yang diredai dan yang dikehendaki. Suasana ini akan wujud di dalam sebuah keluarga dalam masyarakat Islam kerana pertalian antara ahli keluarga dan segala perlakuan mereka adalah berdasarkan iman dan taqwa kepada Allah semata mata. Di samping itu terdapat hak hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga yang diatur dengan begitu saksama dan 'adil oleh Islam. Keadaan tidak sihat seperti adanya perasaan dengki dan dendam, tidak puas hati atau mementingkan diri sendiri tidak mendapat tempat di dalam sebuah keluarga Islam. Malah apa yang timbul adalah perasaan kerjasama dan perpaduan antara ahli ahli keluarga.

Fungsi keluarga ini amat penting difahami oleh setiap muslim dan muslimah. la adalah suatu perkara yang memerlukan perhatian dan pelaksanaan yang teliti demi untuk melahirkan umat yang dapat menjalankan tugasnya. sebagai umat pilihan, yang berusaha secara berterusan untuk membawa sinar kebenaran kepada seluruh dunia.

Keluarga adalah merupakan struktur asas bagi keseluruhan sistem sosial dan kebudayaan di dalam Islam. Ia adalah merupakan satu institusi yang menjamin kestabilan sosial dan kebudayaan masyarakat keseluruhannya. Dalil dalil daripada al Qur'an dan al Sunnah menegaskan bahawa tujuan dan fungsi institusi keluarga adalah seperti berikut:

2.3 Kestabilan Hubungan Kerohanian, Kebaikan dan Kasih Sayang

Hubungan antara ahli ahli dalam keluarga, khususnya dalam hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan fizikal semata mata. Keluarga di dalam Islam rnerupakan pusat yang mengembangkan kasih sayang, kebaikan, perlindungan, kehormatan, percaya mempercayai, pengorbanan dan ketenteraman dan semua ini berlandaskan kepada kekuatan kekuatan rohaniyah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan di antara tanda tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu isteri isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dyadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." (Al Rum: 21)

".. mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka." (Al Baqarah: 187)

2.4 Proses Pembentukan dan Pembinaan Nilai

Fungsi pembiakan manusia tidak dapat sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian, pembinaan nilai dan pengarahan ke arah ciri ciri keagamaan dan kebudayaan. Tidak ada institusi atau kumpulan institusi institusi lain yang dapat mengambil alih peranan ini daripada institusi keluarga secara menyeluruh. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga adalah merangkumi dan berterusan. la diasaskan kepada rasa tanggungjawab di kalangan setiap ahli keluarga.

1 comments:

Layyinul Harir October 25, 2008 at 4:44 PM  

salam...baguslah artikel ni,banyak info yang saya dapat darinya...praktik2kanlah....semoga melahirkan generasi yang unggul pada masa hadapan...wallahu a'lam.

PENGHIBUR JIWA...

NYATAKAN SOKONGAN ANDA

NYATAKAN SOKONGAN ANDA
Muat naik logo GMUKM kedalam blog anda

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP